Blog ini akan mempelbagaikan bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Blog ini tidak hanya menumpukan kepada aspek berita semasa sahaja tetapi akan disertakan dengan apa sahaja bahan yang mempunyai kaitan dengan pendidikan dan PENDIDIK.

50,000 kakitangan awam terbabit skim cepat kaya

Saturday, January 31, 2009

KUALA LUMPUR: Lebih 50,000 kakitangan kerajaan daripada pelbagai peringkat termasuk mereka yang berkhidmat sebagai ketua jabatan, dipercayai terbabit dalam skim cepat kaya.

Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika mendedahkannya berkata perkara itu dikhuatiri boleh menjejaskan imej dan mutu sektor perkhidmatan awam jika tidak ditangani segera.

"Apa yang lebih membimbangkan ialah ramai pegawai kanan dan ketua jabatan menggalakkan kakitangan mereka menyertai skim itu yang menjanjikan pulangan segera serta berganda bagi sejumlah pelaburan kecil.

"Jika dibiarkan, ia boleh menimbulkan kesan negatif kerana penganjuran skim cepat kaya adalah kegiatan mencurigakan," katanya di sini, semalam.

Ahmad Shah berkata, Cuepacs amat prihatin dengan perkara itu kerana ia boleh menghakis keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti perkhidmatan serta penjawat awam.

Beliau berkata, masalah itu kini dianggap serius sehingga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling khas melarang kakitangan awam daripada menyertai skim sedemikian.

Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2/2009 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, melarang semua peringkat kakitangan awam daripada terbabit dalam skim cepat kaya ada sebagai penganjur, pengantara atau pelabur.

Pekeliling yang berkuat kuasa 13 Januari lalu itu, turut mengarahkan mereka yang terbabit termasuk semua kakitangan badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan negeri supaya menghentikan aktiviti itu serta-merta atau berdepan tindakan disiplin.

Menurut pekeliling berkenaan, pembabitan sejumlah besar kakitangan awam dalam skim cepat kaya boleh memberi gambaran kepada orang ramai seolah-olah skim berkenaan diluluskan kerajaan.

Skim cepat kaya ditakrifkan sebagai kaedah pemasaran yang menjanjikan pulangan tinggi dengan pelaburan kecil manakala or-ganisasi yang mempromosikannya tidak berdaftar dengan agensi pelesenan.

Ahmad Shah berkata, walaupun kerajaan memberi kebenaran kepada kakitangan awam membabitkan diri dalam perniagaan secara sambilan, ia tidak bermakna mereka boleh menceburi bidang yang mencurigakan seperti skim cepat kaya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, berkata pihaknya menyokong langkah kerajaan melarang kakitangan awam terbabit dalam skim cepat kaya yang kini bukan saja dipromosikan rakyat tempatan, malah juga warga asing menerusi internet. Bernama

Read more...

Pelajar dapat 22A di Britain

LONDON - Seorang pelajar, Ali Moeen Nawazish (gambar) dianggap pelajar paling bijak di Britain apabila lulus 23 mata pelajaran A-Level dalam setahun dan memperoleh gred A dalam 22 subjek, lapor sebuah akhbar semalam.

Ali, 18, mengambil 22 mata pelajaran A-Levels dan dua mata pelajaran AS-Levels dalam tempoh 12 bulan dalam usahanya untuk mendapat tempat di Universiti Cambridge.

Dia yang mendakwa dahagakan ilmu pengetahuan memperoleh 22 A, satu B dan C selepas belajar selama 10 jam sehari.

"Saya juga mula belajar sesuatu subjek tiga hari sebelum peperiksaan dan saya bersyukur kerana berjaya memperoleh gred A," ujarnya.

Pencapaian menakjubkan remaja itu membolehkannya melanjutkan pelajaran dalam bidang sains komputer di Kolej Trinity Cambridge.

Kakaknya, Hina Mehwish merupakan seorang doktor di Pakistan manakala kedua-dua ibu bapanya adalah doktor perubatan. - Agensi

Read more...

Guru terkejut empat tayar kereta lesap di HTJS

Thursday, January 29, 2009

SEREMBAN – Sudahlah ayah terlantar di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini, ibu pula tidak sihat, kini hati pula sakit.

Demikian keluh seorang guru, Nurul Afida Ibrahim, 27, apabila keempat-empat tayar kereta Kia Spectra miliknya ‘ghaib’ di kawasan letak kereta HTJS awal pagi semalam.

“Saya sangat terkejut apabila lihat keempat-empat tayar kereta saya hilang dan digantikan dengan batu bata ketika nak pergi kerja kira-kira pukul 6.40 pagi tadi (semalam).

“Saya berada di hospital menemani ayah yang terlantar di Unit Rawatan Rapi semalaman kerana emak tak berapa sihat,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau yang merupakan anak tunggal menambah, ayahnya mula masuk wad pada Rabu lalu disebabkan paru-paru berair.

Bercerita lanjut, beliau tidak menyangka sama sekali kejadian itu berlaku kerana kereta berkenaan diletakkan di bawah lampu.

Read more...

Kemudahan pertukaran bukan hak mutlak kakitangan awam

Tuesday, January 27, 2009

SAYA ingin memberi pandangan berhubung surat 'Pegawai Sedih' dalam ruangan ini kelmarin berhubung masalah permohonan pertukaran isterinya. Pengadu perlu faham, sebagai pegawai awam dia boleh diarahkan bertugas di mana saja oleh ketua jabatan. Pertukaran bukan hak mutlak seorang pegawai awam. Mereka harus sedar ketua jabatan lebih mengetahui keperluan anggota di sesuatu tempat.

Pengadu boleh memohon tetapi bukan memaksa pihak atasan mengikut kehendaknya. Jika ramai pertukaran pegawai awam dilayani, nescaya rakyat tidak mendapat perkhidmatan bermutu.

Nescaya banyak sekolah akan kekurangan guru dan hospital kekurangan jururawat kerana semua mahu bertukar ke tempat diingini. Pengadu harus bersabar kerana pertukaran bukan dengan sekelip mata. Dia harus fikirkan kepentingan masyarakat lebih daripada segalanya. Dia dan isteri ketika mohon guru dulu berjanji akan bertugas di mana saja diarahkan. 'Pegawai Sedih' harus syukur kerana guru mudah bertukar kerana banyak sekolah cuma mengambil sedikit masa dan kesabaran.

Malah, lebih penting dia dan isteri bekerja tetap dan terjamin. Renungkanlah bagaimana ada pasangan yang saya ketahui bekerja di sektor swasta terpaksa berjauhan kerana syarikat suami hanya ada di Pulau Pinang dan isteri di Ipoh dan syarikat itu tiada cawangan lain dan sudah tentu tidak boleh mohon pertukaran.

Ada juga syarikat yang mempunyai banyak cawangan tetapi tiada kemudahan untuk bertukar.

Saya khuatir kualiti perkhidmatan guru di sekolah atau perkhidmatan lain akan terjejas jika ramai asyik memikir hendak tukar dan kurang komitmen bertugas.

PEGAWAI MENURUT PERINTAH,
Shah Alam, Selangor.

Read more...

PPSMI: Kerajaan bersikap terbuka

Sunday, January 25, 2009

TEMERLOH 24 Jan. - Kementerian Pelajaran memberi jaminan akan bersikap terbuka bagi memastikan semua suara rakyat Malaysia diambil kira sebelum menentukan hala tuju Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian sentiasa menghargai pandangan semua pihak bagi memastikan mereka diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, cadangan mahupun kebimbangan di dalam suasana yang kondusif dan membina berhubung PPSMI.

Sehubungan itu beliau memberitahu, kementerian sedang memperkemaskan PPSMI dengan mengambil kira kesannya terhadap pelajar, kesediaan guru-guru dan kesan jangka panjang terhadap bahasa kebangsaan.

''Kerajaan juga mengambil kira implikasinya daripada segi perundangan dan Perlembagaan Persekutuan serta jurang pencapaian para pelajar bandar dan luar bandar.

''Saya harap semua pihak bersabar dan memberi sedikit masa kepada kementerian supaya dapat menghasilkan cadangan yang baik, tepat dan bernas untuk dibawa ke peringkat Jemaah Menteri," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai pelajaran seluruh Pahang di sini hari ini.

Kata Hishammuddin, beliau sendiri sentiasa memantau setiap perkembangan yang berlaku dan menyedari masih terdapat kelompok-kelompok tertentu di dalam masyarakat yang resah, bimbang dan risau pandangan mereka tidak diambil kira oleh kementerian.

Menurutnya, soal tidak puas hati atau tindakan membantah dasar itu pada hakikatnya tidak harus wujud kerana kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Beliau memberitahu, kerajaan sangat mengambil berat mengenai PPSMI terutama selepas tamat tempoh enam tahun pelaksanaannya di peringkat sekolah rendah.

''Kerajaan menyedari betapa pentingnya PPSMI ditangani secara teliti demi kepentingan bersama tanpa mengenepikan pihak-pihak yang berkepentingan kerana masa depan para pelajar tidak boleh diambil mudah," katanya.

Hishammuddin menambah, Jawatankuasa Induk Pelaksanaan PPSMI yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, (KPPM), Datuk Alimuddin Md. Dom telah selesai meneliti semua pandangan yang diterima daripada pelbagai pihak berkepentingan.

''Saya insaf dan sedar bahawa isu PPSMI merupakan satu isu besar dan mempunyai implikasi berkekalan kepada anak bangsa dan masa depan negara kita.

''Oleh itu, usaha-usaha ini diharap dapat memastikan sebarang keputusan yang bakal dibuat menjadi keputusan kolektif rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, sejak Persidangan Meja Bulat Pertama pada 14 Julai lalu hingga Persidangan Meja Bulat Kelima pada 16 Disember lalu, pihaknya telah mendapatkan pandangan daripada lebih 600 peserta antaranya daripada profesional pendidikan, kesatuan dan persatuan guru, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan profesional, korporat, pemimpin komuniti dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Kata Hishammuddin, semua pandangan itu diterima termasuk melalui memorandum, saluran media dan sebagainya serta pandangan dan kajian yang dibentangkan di dalam Persidangan Meja Bulat Pertama sehingga yang Kelima baru-baru ini.

Read more...

Guru tak mengaku liwat bekas murid

Thursday, January 22, 2009

KLANG: Seorang guru sekolah rendah di Rantau Panjang dekat sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam bagi dua pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pelajarnya tahun lalu.

Badrul Akmal Ishak, 30, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii terhadap remaja berusia 14 tahun di rumah tertuduh di Rantau Panjang antara jam 1 hingga 3 pagi pada 24 Ogos tahun lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Penolong Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin, memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin kerana mangsa berusia 14 tahun dan masih bersekolah.

“Tertuduh adalah bekas guru mangsa ketika di sekolah rendah. Pendakwaan bimbang tertuduh mengganggu mangsa jika jaminan dibenarkan,” katanya.

Peguam bela tertuduh, Gerard Lazarus, berkata tertuduh ditahan pada 29 Ogos 2008 sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sehingga didakwa di mahkamah.

Katanya, tiada laporan polis dibuat mangsa atau keluarganya mengenai gangguan tertuduh sejak tarikh itu hingga kelmarin.

“Pendakwaan tidak ada asas menyatakan anak guam saya akan mengganggu mangsa. Saya mohon mahkamah memberi jaminan,” katanya.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Klang atau balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan.

Beliau menetapkan 3 Mac sebagai tarikh sebutan.

Read more...

Guru aktif jual produk MLM abai pelajar

SAYA dipelawa seorang rakan sekerja untuk menjadi ahli syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM), namun saya tidak berminat dan menolak pelawaan itu dengan baik.

Apa yang menarik perhatian saya mengenai MLM ialah majalah bulanan syarikat itu keluaran Disember 2008, pada satu ruangan bertajuk ‘Guru Rasai Kepuasan Sertai Elken.’ Persoalannya, berapa ramaikah guru yang menjadi pengedar berjaya kepada syarikat MLM. Guru menghabiskan masa untuk menjual produk syarikat berkenaan.

Jika ingin berjaya sebagai pengedar bertaraf berlian, nilam dan delima dalam syarikat MLM, mereka perlu menjual produk dalam jumlah tertentu untuk mendapat mata ganjaran dan perlu hadir kursus kepemimpinan yang diatur syarikat.

Begitu juga dengan pensyarah di kolej pengajian awam yang saya lihat sibuk menjual produk kesihatan. Jika guru dan pensyarah sibuk memasarkan produk masing-masing daripada buku, bagaimana dengan nasib anak murid dan pelajar? Bukankah tugas utama guru mendidik dan mengajar.

Saya tidak mempertikai jika guru dan pensyarah mencari pendapatan lebih tetapi dari segi perkhidmatan, tidak manis jika pegawai kerajaan terkejar-kejar wang, lebih pentingkan tugas sebagai pengedar daripada tugas rasmi sebagai guru di sekolah sedangkan setiap bulan dibayar gaji.

Kalau betul sudah kaya menjadi pengedar seperti terpapar dalam majalah syarikat, kenapa tidak lepaskan saja jawatan guru atau pensyarah kalau perniagaan itu lebih memberikan kepuasan? Berapa ramai guru ini benar-benar ikhlas dengan tugas mereka.

Dulu pernah menjadi isu guru dan pensyarah mengajar sambil lewa di sekolah tetapi bersungguh-sungguh mengajar di pusat tuisyen, lalu pihak kementerian mengambil tindakan tegas dengan tidak membenarkan guru mengajar tuisyen kecuali mendapat kebenaran ketua jabatan dan mendaftarkan pusat berkenaan.

Mungkin kementerian patut fikirkan apa pula tindakan yang sesuai diambil bagi memastikan pendidik di sekolah ini datang daripada guru yang komited dengan tugas guru bukan tugas jual penapis air atau susu.

FAIZAH DIN,
Sungai Petani, Kedah.

Read more...

2,000 murid diancam tungau

Monday, January 19, 2009

RANTAU PANJANG – Lebih 2,000 murid di beberapa buah sekolah di sini terdedah kepada ancaman gigitan sejenis serangga kecil yang dikenali sebagai tungau yang boleh mengakibatkan badan gatal dan kemerahan.

Kebanyakan mangsa terdedah kepada serangan serangga tersebut apabila mereka bermain di kawasan semak berdekatan sekolah dan rumah mereka pada waktu petang.

Serangan serangga itu menjadi lebih merbahaya sekiranya ia memasuki telinga, hidung, mata atau liang roma mangsa.

Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kuau di sini, Azman Ismail, 45, berkata, serangga tersebut didakwa membiak selepas kejadian banjir terutama di kawasan semak baru-baru ini.

Tungau ialah sejenis kutu atau nama saintifiknya scabies atau sarcoptes boleh menyebabkan penyakit kulit atau disebut juga sebagai scabiesis dan ia sering menyerang anjing, kucing. Bagaimanapun, ia juga boleh menular kepada manusia.

Menurutnya, terdapat kes beberapa murid di sekolah rendah di sini terpaksa dibawa ke hospital berdekatan kerana diserang serangga tersebut.

“Ramai murid menghadapi masalah kulit selepas badan mereka dipercayai dihinggapi serangga kecil itu terutamanya selepas banjir,’’ katanya di sini semalam.

Read more...

Tolak Tradisi Ilmu Kolonial

Sunday, January 18, 2009

Menjajah sesebuah negara bukan hanya dari segi fizikal atau geo-politik tetapi juga menerusi ilmu kolonis untuk menguasai minda peribumi.

DI Malaysia, penjajah hanya mengambil masa dua abad untuk melakukan analisis tentang struktur sosial Melayu dan peribumi.

DARI segi sejarah, proses pembentukan negara moden cukup bergantung terhadap sumbangan serta kualiti ilmu pengetahuan yang mendukungnya.

Malah, terbinanya negara moden itu adalah berasaskan ilmu pengetahuan yang cukup terperinci lagi mendalam, bukan sahaja bersifat sains sosial dan kemanusiaan, bahkan juga yang bersifat sains tabii.

Mengiringi ilmu pengetahuan dalam menegakkan negara moden tersebut adalah analisis sosial. Kalaulah ilmu pengetahuan mengisi historiografi dan ideologi sesebuah negara, maka analisis sosial pula berperanan sebagai kerangka untuk menilai pertumbuhan negara berkenaan, khususnya dari sudut politik dan ekonomi.

Kalau disingkap kembali sejarah imperialisme dan kolonialisme Barat, kita akan bertemu dengan bukti jelas tentang peri pentingnya ilmu dan analisis sosial untuk pemerintahan melalui wahana ilmu kolonial.

Ia merupakan sesuatu yang penting bagi sesebuah kuasa imperialis mengasaskan kekuasaannya di kawasan jajahannya. Kalau kekuatan ketenteraannya membolehkan sebarang kuasa penjajah menakluki secara fizikal sesebuah ruang geo-politik, melalui ilmu kolonial pula penjajah mampu menakluki ruang epistemologi.

Ia adalah ruang sistem pemikiran dan intelektual masyarakat peribumi yang dijajah. Paling membimbangkan apabila wacana ilmu kolonial telah berakar umbi dalam masyarakat dan sumbangannya telah dianggap sebagai sesuatu yang semula jadi dalam dimensi kehidupan kita.

Paling penting dalam wacana ilmu kolonial ialah metodologi atau pembinaan ilmu yang digunakan dalam menghimpun segala macam fakta dan maklumat, yang komprehensif dari segi kandungan, kuantiti serta kualiti mengenai masyarakat yang dijajah.

Lebih penting lagi sebahagian besar fakta dan maklumat itu masih digunakan hingga sekarang dan dianggap relevan kepada kerajaan pascakolonial di negara-negara yang pernah dijajah.

Seorang sarjana tempatan ternama, Shamsul Amri Baharuddin yang banyak mengkritik tentang wacana ilmu kolonial, dalam tulisannya PascaKolonial dan Ilmu Kolonial: Satu Pandangan telah menegaskan, dalam memantapkan metodologi kolonialisme ilmu, penjajah melakukan dan merancang kaedah-kaedah untuk mengumpul maklumat dan pengetahuan mengenai masyarakat yang dijajah dengan secara praktikal dan strategik melalui langkah-langkah berikut:

Langkah pertama adalah untuk menguasai bahasa anak peribumi untuk membolehkan sang penjajah berkomunikasi dengan masyarakat tempatan dalam usaha mereka menguatkuasakan sistem perundangan yang diimport dari negara asal sang penjajah tersebut.

Langkah kedua adalah menjalankan kaji selidik demi kaji selidik untuk mengumpulkan maklumat terperinci bukan sahaja mengenai kehidupan sosial masyarakat peribumi, bahkan juga maklumat tentang alam sekitar fizikal masyarakat berkenaan.

Pelbagai bentuk peta, daftar serta laporan rasmi terhasil daripada kajian itu yang membolehkan pemerintah kolonial mendapat gambaran terperinci tentang alam sosial dan fizikal masyarakat berkenaan.

Langkah ketiga adalah mengumpul maklumat statistik mengenai tanah jajahan melalui kegiatan banci. Untuk itu, pelbagai kategori sosial diperkenal untuk mengklasifikasi manusia kepada kelompok-kelompok yang mudah dikenal pasti. Himpunan maklumat perangkaan itu bukan sahaja untuk dicerna guna menjadi fakta-fakta, malah lalu diterima sebagai kenyataan sosiologikal mengenai masyarakat yang dijajah tersebut.

Langkah keempat adalah menyimpan pelbagai bahan dan artifak yang telah dikutip daripada kajian dan bancian tersebut untuk dipamer dan ditonton di muzium, zoo, taman bunga dan koleksi peribadi. Ia sebagai membuktikan kepada masyarakat yang menjajah dan dijajah tentang sejarah serta kedudukan peradaban peribumi dalam trajektori evolusi dan hierarki peradaban sejagat.

Melalui langkah itu juga, beberapa imej stereotaip mengenai sesebuah masyarakat peribumi terpahat dan diabadikan dalam bentuk logo, patung dan tugu, kepala surat dan dalam beberapa bentuk lain yang diperakukan sebagai imej rasmi seperti orang Melayu dengan songkok dan sarongnya.

Langkah kelima adalah untuk mengasaskan suatu sistem pengintipan dan perisikan, yang dianggap perlu bagi menjamin keselamatan serta kestabilan politik pemerintahan kolonial tersebut.

Langkah keenam adalah membina suatu perpustakaan historiografi yang dicap sebagai hak milik peribumi yang kemudian dijadikan sebagai bahan pengajaran untuk diperturunkan secara mass consumption melalui sistem pendidikan kolonial guna dihayati oleh masyarakat peribumi sebagai sejarahnya.

Kerangka konseptual yang mengikat perpustakaan historiografi tersebut adalah sistem klasifikasi dan teori sosial Eropah.

Tergambar dalam setiap langkah itu adalah analisis sosial yang membolehkan kuasa kolonial menilai keadaan semasa, menelaah keadaan masa depan, menggubal dan melaksanakan pelbagai polisi yang mengesankan kehidupan masyarakat peribumi tetapi sebahagian besarnya didapati menguntungkan mereka.

Begitu luar biasa sekali kesannya ilmu pengetahuan dan analisis sosial yang telah diaplikasikan mereka sehingga meninggalkan kesan sehingga sekarang.

Dalam kes Malaysia, selama hampir dua abad, suatu himpunan ilmu kolonial mengenai orang Melayu dan kaum peribumi selainnya telah berjaya dikumpulkan oleh penjajah.

Sebahagian daripada ilmu itu diterbitkan sebagai laporan rasmi kerajaan dan ada juga yang diterbitkan sebagai artikel jurnal atau dalam bentuk monograf yang diketengahkan sebagai tulisan ilmiah.

Penerbitan ini kemudian telah tersebar luas di seluruh Eropah dan tanah jajahan Inggeris sebagai sumber akademik yang dianggap otentik mengenai masyarakat peribumi di Malaya.

Ahli tadbir sekali gus sarjana terbesar dalam bidang ilmu kolonial Melayu ialah Stamford Raffles. Beliaulah orang pertama yang telah memperkenalkan konsep the Malay Nation, the Malay race, wilayah Melayu dan mengkonsepsi sejarah orang Melayu berdasarkan teori sosial dan biologi Eropah.

WACANA ilmu kolonial menjadi metadologi penjajah untuk membentuk pemikiran kaum peribumi.

Seorang lagi sarjana tempatan, Allahyarham Prof. Syed Hussein Alatas, yang amat kritikal terhadap wacana ilmu kolonial dan orientalisme, dalam karya besarnya The Myth of the Lazy Native telah mengemukakan teori bahawa anggapan tentang peribumi malas yang selalu digambarkan oleh pihak kolonial sebenarnya satu mitos yang akhirnya berkembang sebagai satu analisis sosial.

Idea kolonial tentang peribumi malas itu adalah hasil daripada kekuasaan kolonial yang pada umumnya terjadi pada abad ke-19 ketika kekuasaan terhadap tanah jajahan mencapai puncaknya dan tatkala eksploitasi kolonial memerlukan penguasaan meluas terhadap daerah tersebut.

Sementara itu Zawiah Yahya dalam kajiannya yang dibukukan, Resisting Colonialist Discourse, telah menganjurkan satu kaedah penolakan wacana ilmu kolonial melalui pendekatan strategi pembacaan.

Strategi tersebut cuba mendedahkan serta merungkai wacana ilmu dan kekuasaan kolonial yang sering disifatkan sebagai universal dan objektif dan menyedarkan masyarakat tentang kehalusan psikologis yang ditanamkan oleh pihak kolonial.

Dipetik dari http://2pendidikmy.blogspot.com/

Read more...

20 tahun gigih ajar tulisan braille

Sunday, January 11, 2009

TEMERLOH: Kegigihan serta semangat kental seorang guru orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan Hassan Amah, 50, mengajar tulisan braille kepada pelatih senasib dengannya di Pusat Latihan Harian Orang Buta Taman Harapan, dekat sini sejak 20 tahun lalu, amat dikagumi.

Hassan yang berasal dari Terengganu berupaya meningkatkan pengetahuan dalam bidang tulisan braille bagi memudahkannya melaksanakan pengajaran supaya lebih bersistematik.

Katanya, mengajar braille selama 20 tahun bukanlah perkara mudah kerana terpaksa menghadapi pelbagai cabaran serta masalah terutama dari kalangan pelatih.

“Kemahiran menulis menggunakan mesin braille memerlukan kecekapan kerana tulisan berkenaan jauh berbeza dengan huruf yang sering digunakan dalam penulisan seharian.

“Pelatih memerlukan masa yang panjang untuk menguasai kemahiran menggunakan mesin braille sebelum dapat menulis dengan lancar.

“Oleh itu, latihan yang bersistematik perlu dijalankan agar pelatih tidak berasa jemu serta bosan ketika menghadapi pengajaran dalam bilik darjah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, beberapa masalah yang dihadapi pelatih ketika belajar ialah lambat menguasai pembelajaran kerana menganggap braille adalah perkara baru dalam kehidupan mereka.

Katanya, beliau mempunyai kaedah tertentu untuk memastikan pelatih menguasai kemahiran menulis menggunakan mesin braille mengikut masa ditetapkan.

Hassan berkata, pada kebiasaannya pelatih yang menyertai pembelajaran braille melalui teknik itu mampu menguasai kemahiran berkenaan dalam jangka enam bulan.

Seorang pelatih, Aris Sahbudin, 33, dari Perak mengakui menghadapi masalah belajar menulis tulisan braille pada peringkat awal ketika mula masuk ke pusat latihan itu.

Katanya, kesungguhan guru memberikan tunjuk ajar serta kegigihannya belajar, akhirnya mampu menguasai kemahiran menulis dan membaca tulisan berkenaan.

“Saya ingin memohon pekerjaan yang lebih baik selepas menguasai kemahiran menulis dan membaca braille pada masa akan datang. Selain itu, dengan mempelajari Braille saya akan dapat membaca buku untuk menambah pengetahuan setanding dengan rakan yang mempunyai daya penglihatan yang baik,” katanya.

Read more...

CUEPACS tolak sebahagian pakej PTK

SUNGAI PETANI 10 Jan. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mengadakan mesyuarat khas hari ini mencapai kata sepakat tidak akan menerima keseluruhan pakej butiran pindaan ke atas Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai 1 Januari lalu.

Presidennya, Omar Osman berkata, tindakan berkenaan dibuat memandangkan kebanyakan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan surat pekeliling bernombor 19/2009 tersebut yang didakwa tidak dibincangkan dengan kongres.

"Dalam perbincangan ini, kita hanya terima dua pekeliling iaitu melibatkan pengurangan cuti lima hari bagi kakitangan lantikan baru 1 Januari 2009 dan penambahan cuti ganjaran tahunan 165 hari.

"Sementara itu, surat pekeliling pindaan PTK 19/2009, kita tidak terima secara keseluruhan kerana 40 peratus daripada 34 perkara yang dikemukakan itu tidak memuaskan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesyuarat khas CUEPACS yang dihadiri 99 ahli gabungan persatuan di sini hari ini.

Pada 16 Disember lalu, CUEPACS menerima surat pekeliling butiran pindaan ke atas PTK setebal 27 muka surat dengan 34 perkara daripada JPA untuk diteliti dan dibincangkan dalam kalangan 120 kesatuan di bawah naungannya.

Antara butiran tersebut ialah setiap jabatan kerajaan diberi kuasa menetapkan corak peperiksaan dan penilaian ke atas kakitangan mengikut panduan pelaksanaan PTK untuk dilaksanakan mulai 1 Januari lalu.

Dengan pindaan itu juga, kakitangan tidak perlu menduduki peperiksaan yang tidak bersesuaian dengan pekerjaan, pengalaman dan usia, sebaliknya mengikut kep

Read more...

Suara 10,000 sekolah

Friday, January 9, 2009

PUTRAJAYA: Gabungan kira-kira lima juta pelajar dan 300,000 guru dari 10,000 sekolah di seluruh negara terbabit dalam gerakan besar-besaran membantah pencabulan Israel di Semenanjung Gaza.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata gerakan serentak itu mampu menghasilkan gelombang bagi membenci keganasan Israel.

“Kedaulatan sesebuah negara itu tidak datang sekelip mata, tidak datang bergolek dan tidak datang melayang.

“Malangnya ada pihak yang rakus dan boleh merampas kelebihan sesebuah negara yang merdeka seperti kejadian 48 pelajar tidak berdosa terbunuh dibom,” katanya selepas Majlis Perutusan Tahun Baru kementeriannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, Ketua Setiausaha Kementerian, Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd Dom.

Kelmarin, Kabinet bersetuju gerakan massa untuk menyemai kesedaran membenci keganasan di kalangan golongan muda dilaksanakan secara besar-besaran semua lapisan masyarakat melalui pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Hishammuddin berkata, kementerian itu juga akan bekerjasama dengan beberapa kementerian lain seperti Kementerian Luar serta Kementerian Belia dan Sukan.

“Pada peringkat parti politik pula, ini bukan perkara baru kerana satu ketika dulu kita pernah membantah serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan kita mampu mengumpulkan kira-kira 200,000 orang berkumpul dalam perhimpunan di Bukit Jalil,” katanya.

Read more...

English the way to go if we want to stay competitive

I AM a professional, a Malay parent and without doubt a patriotic citizen, but I would opt for the use of English in the teaching of Maths and Science in Malaysia.

My main reason is simple. We are a small nation, still divided and motivated by strong ethnic interest. Our culture uses knowledge too superficially. We are merely consumers of knowledge and not avid, voracious producers of knowledge, which I believe we should be, especially if we dream of becoming a developed nation.

If knowledge is the key to the future, then as Malaysians we must rely on the established English language for those two subjects. We are greatly lagging behind in knowledge usage and production that we can’t afford to be nationalistic in our approach.

Why Science and Mathematics? We are a developing country that relies on industry to survive. We are not known for our market capacity. We are not known for our scholarship and knowledge production.

Luckily, we have found a niche in the world by being a player in the manufacturing sector. For us today, international business is the name of the game and industrial panache is our aim.

For tomorrow, we may never know what is required of us to be viable internationally but we can be certain that Science and Mathe­matics will play a major part in it.

We are not asking students at this level to have an Oxford/Cambridge/Yale/Harvard level of command in English but just enough to understand concepts and, hopefully in the future, to have enough skills and confidence to allow them to debate this knowledge internationally.

We can no longer afford to be mainly consumers of knowledge any more. These forward looking ambitions need the English language to survive, especially Malaysia.

I believe the real problem is in the implementation of the policy and that is where we should focus our thoughts and energy.

Permit me to use a simple metaphor. A seed will only grow into a strong, healthy and productive tree if the environment exists to support it.

Let us not blame the students, the teachers or the schools alone, but let us grasp at all the possible influences that might hinder this ambition. This might include steps to modify existing organisational structure in schools, rationalise clashing policies and change the motivation, reward and punishment systems.

It is going to be a team effort that must be played by ministries of different portfolios and not be left alone to the Education Ministry to solve.

NANA,

Ipoh.

Read more...

Don’t train kids to merely regurgitate in exams

I DO not agree with the writer “Too many long school breaks” (The Star, Jan 6) who said that long holiday breaks for festive seasons are unnecessary.

Festive seasons offer the opportunity for family members to come together. This is extremely important as without this, our children’s lives will become too robotic.

Regarding the issue of the Chinese New Year holidays coming just three weeks after the new school term starts, the writer has to understand that unlike Western countries where their holidays occur at predictable timing, our holidays fall at different times simply because we are not following the Gregorian calendar.

I would like to stress that it is not necessary to increase the number of school days in order to provide a solid education for our children. The more important point is for us to change the focus of our education.

Right now, we are focusing more on giving hard facts to our children rather than on building skills. Let us take the subject of History. I believe it is more important for the next generation to develop the skills to analyse an event based on things happened in the past rather than just to memorise and regurgitate hard facts in exams.

To quote another example, for Kemahiran Hidup (living skills), I got an “A” in both the PMR trials and PMR proper. However, until recently (that is after 10 years), I didn’t even know how to cook rice.

I still can’t understand what living skills I possessed to enable me to get an “A”. Kemahiran Hidup at that time only tested my ability to memorise and regurgitate back in exams rather than actually building some living skills.

Thus, if our focus changes, we would be taking off unnecessary pressure on our children. We need not force them to go for tuition or to take 20 subjects in the SPM.

GANESH M. RAMANATHAN,

Taiping.

Read more...

Skim pencen atau KWSP?

KEPUTUSAN kerajaan menawarkan opsyen skim pencen kepada anggota sektor awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi peluang kepada mereka untuk menikmati faedah persaraan yang lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pengumuman mengenainya November lalu menyebut bahawa mereka yang memilih untuk menyertai skim pencen turut menikmati kemudahan perubatan dan ganjaran persaraan selepas bersara seperti yang dinikmati oleh golongan pesara yang lain.

Sehubungan itu, anggota sektor awam perlu membuat pilihan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dari 1 Januari hingga 31 Januari 2009 dan tarikh kuat kuasanya adalah pada 1 Februari ini.

Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Yeow Chin Kiong berkata, keputusan itu merupakan antara kesan daripada beberapa perubahan dasar baru persaraan dan pencen yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk penambahbaikan faedah persaraan bagi kumpulan berkenaan.

Katanya, seramai 66,733 kakitangan awam terlibat setelah dasar baru tersebut diluluskan oleh Dewan Negara dan surat pekeliling bagi penukaran semula opsyen KWSP kepada skim pencen telah dikeluarkan pada 24 Disember lalu.

Kadar pencen

Pada masa sekarang, kakitangan awam yang memilih skim KWSP terpaksa melepaskan faedah rawatan kesihatan selepas bersara, kehilangan faedah gantian cuti rehat sebagai pesara dan ganjaran persaraan.

Tambahan pula, peningkatan kadar pencen terendah kepada RM720 sebulan bagi pegawai yang mempunyai sekurang-kurangnya 25 tahun perkhidmatan dan semakan semula pencen dari semasa ke semasa memberi jaminan keselamatan kepada pesara skim pencen berbanding KWSP.

Kini, pengiraan pencen dibuat sehingga maksimum 30 tahun tempoh perkhidmatan dan pewaris boleh menikmati pencen terbitan yang sepenuhnya berbanding sebelum ini.

Dengan semua faedah yang menarik ini, mereka yang berada di bawah skim KWSP tentunya menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kerugian.

Tetapi mengapa sesetengah kakitangan kerajaan memilih KWSP pada mulanya? Terdapat banyak sebab untuk mereka berbuat demikian termasuk mereka yang merancang untuk berhijrah ke sektor swasta selepas beberapa tahun dalam perkhidmatan awam.

"Antara sebab mereka memilih skim KWSP itu adalah kerana mereka mahu bebas tetapi ada di antara mereka kini bertukar fikiran dan ada yang minta balik (kepada skim pencen)," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Chin Kiong menjangkakan separuh daripada jumlah tersebut akan menukar kepada skim pencen yang kebanyakannya adalah guru dan kakitangan perubatan berikutan perubahan dasar terhadap skim tersebut yang lebih baik dan menarik.

Pada 1992, melalui Skim Saraan Baru (SSB), kakitangan kerajaan yang dilantik selepas 12 April 1992 ditawarkan skim KWSP sebagai alternatif kepada Skim Pencen seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980.

Keputusan kerajaan itu disambut baik oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan kakitangan awam termasuk memperkenalkan insentif lain yang diumumkan tahun ini.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Ahmad Shah Mohamad Zain sebelum ini berkata, lebih 45,000 kakitangan awam dalam skim KWSP akan mendapat faedah jika memilih skim pencen.

Katanya, kakitangan kategori tersebut sebelum ini memilih skim KWSP semasa kali terakhir semakan gaji tetapi mendapati tindakan itu tidak menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. Khoo Kah Lin berkata, ramai doktor akan berminat untuk menukar ke skim pencen khususnya mereka yang ingin meneruskan khidmat dengan kerajaan.

Pilihan tepat

Sehubungan itu, Chin Kiong meminta anggota sektor awam terbabit agar membuat pilihan yang tepat dalam masa sebulan ini.

"Dalam masa sebulan ini, pilihlah betul-betul sama ada untuk tukar kepada skim pencen atau kekal dalam skim KWSP. Ini adalah dasar baru yang dimaktubkan dalam undang-undang.

"Jangan tanyalah selepas ini sama ada opsyen lagi atau tidak," katanya.

Chin Kiong berkata, dasar-dasar baru lain yang diberi penambahbaikan setelah 28 tahun dilaksanakan dapat dilakukan setelah kerajaan mampu melakukan penjimatan sehingga RM1.9 bilion melalui dasar meningkatkan umur persaraan kepada 58 tahun.

"Ini berikutan sebanyak 15,000 kakitangan dijangka tidak akan bersara tahun depan melalui dasar persaraan baru itu, selain penjimatan melibatkan pembayaran gratuiti yang perlu dianjakkan sehingga pekerja tersebut bersara," katanya.

Katanya, kerajaan akan membelanjakan RM9 bilion termasuk peruntukan tambahan RM1.3 bilion pada tahun depan bagi melaksanakan dasar baru pencen dan persaraan tahun depan.

Menurutnya, walaupun negara dijangka mengalami kesan kelembapan ekonomi dunia tetapi pembayaran pencen kepada mereka yang layak tidak akan terjejas seperti pemansuhan penyusutan pencen terbitan kepada 70 peratus selepas tempoh 12 setengah tahun yang dilaksanakan sejak 1980.

Beliau berkata, mulai 1 Januari lalu, kerajaan akan membayar sehingga 100 peratus pencen yang memberi manfaat kepada kira-kira 141,000 pesara dan penerima pencen. - Bernama

Read more...

Keputusan pelaksanaan PPSMI tahun depan

Thursday, January 8, 2009

KUALA LUMPUR: Sebarang keputusan mengenai pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah hanya boleh dilaksanakan tahun depan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya masih ada masa untuk menentukan keputusan berkenaan dengan membuat kajian teliti serta pertimbangan mendalam terhadap perkara itu.

"Kita ada masa kerana apa juga keputusan hanya boleh dilaksanakan tahun depan. Saya berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan dengan pelbagai pihak berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kajian pihaknya terhadap pandangan pelbagai pihak mengenai isu pelaksanaan dasar berkenaan, terutama rumusan daripada hasil lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI yang diadakan.

Persidangan Meja Bulat PPSMI terkini yang berlangsung pertengahan bulan lalu merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.
Pilihan itu ialah meneruskan PPSMI seperti sedia ada; menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah, tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah; memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah; menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah; dan penggunaan bahasa pengantar Sains serta Matematik ditentukan sekolah.

Seterusnya, penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah; serta pilihan memansuhkan subjek Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

Bagaimanapun, kemelut PPSMI semakin meruncing apabila akhbar baru-baru ini melaporkan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menetapkan 15 Februari depan sebagai tempoh muktamad untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kerajaan masih meneruskan pelaksanaan PPSMI, di samping berhasrat mengadakan 'perarakan keranda' bulan depan.

Mengulas mengenainya, Hishammuddin menegaskan, tekanan dan ugutan tidak akan mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat mengenai masa depan PPSMI.

Read more...

Tangani isu PPSMI dengan berhemah

Wednesday, January 7, 2009

ISU Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada 2003 bagi meningkatkan penguasaan bahasa kedua itu di kalangan murid dan pelajar terus mendapat bangkangan sekalipun keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini menunjukkan bahasa itu semakin serasi dengan pelajar.

Banyak pihak terutama pejuang dan pendokong bahasa yang mewakili pelbagai pertubuhan Melayu, Cina dan India mahu PPSMI dimansuhkan kerana penggunaan bahasa Inggeris boleh mengikis jati diri sesuatu bangsa sekalipun untuk meningkatkan penguasaan ilmu.

Paling lantang ialah Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang memberi kata dua kepada Kementerian Pelajaran untuk membatalkan PPSMI sehingga 31 Disember lalu.

Jika gagal, ia bercadang mengambil tindakan serius terhadap kerajaan termasuk mempertikaikan dasar itu di mahkamah.

Ketua II Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar dilaporkan berkata gabungan itu mahu kerajaan tegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.

“Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi.

“Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini demi mempertahankan martabat bahasa Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan,” katanya.

Dalam menegakkan hujah, mereka memberi contoh Jepun, Korea Selatan, Jerman dan Perancis yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing mampu menjadi negara maju tanpa perlu bergantung kepada bahasa Inggeris.

Bagi mereka yang menentang terutama badan bukan kerajaan (NGO) Melayu, pelaksanaan PPSMI ternyata bercanggah dengan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), begitu juga dengan Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Laporan Jawatankuasa Penasihat Pusat Tentang Pendidikan, Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang jelas mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah.

Cadangan pelaksanaan PPSMI dibuat pada 2002, selepas Kabinet memutuskan bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik untuk meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan bagi melahirkan modal insan berkualiti. Sejak dilaksanakan dasar itu, kerajaan sudah membelanjakan RM5 bilion.

Keputusan sama ada pengajaran dan pembelajaran subjek itu akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia masih belum diputuskan walaupun sebelum ini Kementerian Pelajaran menyatakan untuk membuat keputusan sebelum akhir tahun lalu.

Setakat ini, Kementerian Pelajaran sudah menggunakan resolusi Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dianggotai tokoh akademik, penyelidik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meneliti laporan kajian, tinjauan dan pemantauan berkaitan pelaksanaan PPSMI.

Keputusan UPSR baru-baru ini menunjukkan 159,234 atau 31.1 peratus menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris berbanding 1,324 murid tahun lalu.

Sebanyak 108,842 murid (21.3 peratus) menggunakan campuran bahasa iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris.

Bagi subjek Matematik, seramai 238,153 murid atau 46.6 peratus menjawab dalam bahasa Inggeris dan 39,570 murid atau 7.7 peratus menggunakan campuran bahasa Malaysia dan Inggeris.

Ketika mengulas keputusan UPSR itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dipetik sebagai berkata secara keseluruhan, keputusan UPSR tahun ini baik, tiada keputusan melonjak naik atau menurun secara serius, sekali gus menunjukkan selepas enam tahun pelaksanaan, PPSMI tidak menjejaskan prestasi murid dalam peperiksaan itu.

Menurutnya, keputusan itu membuktikan sejak dilaksanakan pada 2003, PPSMI tidak menjejaskan prestasi murid, namun ia bukan bukti untuk terus melaksanakan program itu.

“Keputusan untuk meneruskan PPSMI tidak boleh bergantung kepada keputusan peperiksaan UPSR kerana memerlukan kajian menyeluruh.

“Kementerian sedang mengumpul keputusan UPSR itu sebelum dibentangkan di mesyuarat meja bulat sebelum kata putus dibuat.

“Kementerian akan mengambil pendekatan realistik untuk mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk ahli akademik dan ahli politik,” katanya.

Dalam menangani isu PPSMI ini juga, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili lebih 135,000 guru di seluruh negara menolak pelaksanaannya di peringkat sekolah rendah.

Pendirian kesatuan itu yang sebelum ini menyokong program Kementerian Pelajaran sejak 2003 diputuskan ketika Persidangan Perwakilan NUTP ke-18 di Pulau Pinang pada 24 hingga 27 Ogos tahun lalu.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, dipetik sebagai berkata delegasi persidangan menolaknya selepas mendapati majoriti murid di sekolah rendah sukar mengikutinya terutama dari segi memahami istilah sains serta matematik dalam bahasa Inggeris.

“Menerusi maklumat dan pandangan guru terbabit dalam PPSMI, murid di sekolah rendah terutama di tahap satu (tahun satu hingga tiga) masih gagal menguasai istilah dua subjek itu ketika diajar dalam bahasa Inggeris.

“Ini menyebabkan guru menghadapi masalah mengajar kerana murid langsung tidak memahami apa yang diajar. Sehubungan itu, ahli NUTP menolak PSSMI di sekolah rendah kerana tiada faedah diperoleh jika situasi itu berterusan.

“Bagaimanapun, NUTP tetap menyokong pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah menengah kerana pelajar masih boleh mengikutinya dengan baik kerana sudah mendapat sedikit pendedahan dari segi istilah,” katanya.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pendirian NUTP itu tidak bermaksud pihaknya menolak serta-merta PPSMI di sekolah rendah sebaliknya mencadangkan supaya ia melalui proses penambahbaikan sebelum diperkenalkan semula.

“Kami mencadangkan istilah sains dan matematik diajar dalam silibus subjek Bahasa Inggeris bermula dari peringkat prasekolah sehingga tahun tiga bagi memantapkan penguasaan bahasa berkenaan,” katanya.

Kini terpulang kepada Kementerian Pelajaran bagi menilai semula sama ada PPSMI akan diteruskan atau dimansuhkan atau ditambahbaik. Walau apapun keputusannya, asasnya adalah mahu melihat bahasa Malaysia atau bahasa Melayu terus dimartabatkan selaras peranannya sebagai bahasa rasmi yang termaktub dalam perlembagaan iaitu Perkara 152.

Isu PPSMI ini perlu ditangani secara lebih berhemah umpama ‘menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tidak berselerak’. Situasi atau keadaan ‘menang-menang’ perlu dicari agar tiada yang terluka atau terguris.

Read more...

Bicara guru 18 Mac

SEREMBAN: Mahkamah Majistret, di sini, semalam menetapkan 17 dan 18 Mac depan untuk tarikh perbicaraan terhadap seorang guru yang dituduh merangsang dua muridnya untuk melakukan kelucahan melampau antara Oktober 2006 dan Ogos tahun lalu.

Majistret Azlina Hashim menetapkan tarikh itu walaupun pendakwaan belum dapat menyediakan dan menyerahkan semua dokumen berkaitan tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohd Harith Mohd Nor, 40, kepada peguamnya.

“Saya minta pihak pendakwaan supaya menyerahkan semua dokumen itu sebelum perbicaraan kepada peguam tertuduh,” katanya.

Mohd Harith didakwa melakukan perbuatan itu terhadap dua bekas muridnya di bawah umur di beberapa lokasi di daerah ini antara Oktober 2006 dan Ogos tahun lalu.

Read more...

UniSIM, UM kerjasama kembang bahasa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bagi meneruskan usaha mengembangkan bahasa Malaysia di peringkat antarabangsa, satu memorandum persefahaman (MoU) dijalin di antara Universiti SIM (UniSIM) dan Universiti Malaya (UM).

Melalui MoU terbabit, kedua-dua pihak bersetuju membuat perkongsian membabitkan kepakaran, sukatan pelajaran dan latihan.

Naib Canselor Prof Dr Ghauth Jasmon, yang mewakili UM, berkata, pihaknya menghantar tiga tenaga pengajar dari Akademi Pengajian Melayu UM untuk berkhidmat di UniSIM.

Katanya, perkongsian ini membuktikan pengiktirafan universiti luar negara membabitkan kemampuan dan kualiti cemerlang UM serta institusi pengajian tinggi (IPT) lain di negara ini.

“Perkongsian beri peluang kongsi budaya melalui lawatan sambil belajar,” katanya, semalam.

Sementara itu, Presiden UniSIM, Prof Cheong Hee Kiat, berkata kedua-dua universiti berharap dapat merealisasikan objektif menerusi program Sarjana Muda Sastera Bahasa Melayu dan Kesusasteraan.

“Sungguhpun kami mempunyai sumber di Singapura, ia tidak sama seperti mempunyai kepakaran dan orang yang menggunakan bahasa itu setiap hari. UM mempunyai sejarah dalam pengajaran program itu dan ia baik untuk menjalinkan kerjasama ini.

“Saya pasti pensyarah kami akan teruja untuk memulakan program bagi pengambilan pertama bulan ini dan bekerjasama dengan pakar dalam bidang ini, lebih-lebih lagi UniSIM adalah universiti swasta terbaru di negara kami,” katanya.

Read more...

Pertemuan bekas pelajar SMTU

KUALA LUMPUR: Bekas pelajar tingkatan empat Utarid tahun 1977 Sekolah Menengah Tasik Utara (SMTU), Johor Bahru akan menganjurkan program khusus bagi menemukan semula bekas pelajar SMTU berkenaan pada Aidilfitri tahun ini.

Program Grand Reunion 1977 perjumpaan perintis yang diadakan di tempat yang akan ditentukan di Johor Bahru atau Kuala Lumpur.

Mereka yang berminat diminta menghubungi pengerusi penaja program, Fauziah Melan di talian 012-3155911 atau setiausaha Rasid Rahaman di talian 019-2121132.

Read more...

Pelajar OKU masuk asrama

JOHOR BAHRU: Masalah lebih 20 pelajar kurang upaya berasal dari luar daerah ini yang terpaksa menangguhkan persekolahan kerana ketiadaan tempat tinggal berjaya diselesaikan apabila mereka dibenarkan untuk mendaftar masuk ke asrama Sekolah Pendidikan Khas Johor Bahru di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini dalam masa terdekat.

Pengarah Pelajaran Johor, Sufa’at Tumin, berkata jabatan menyedari masalah yang dihadapi kumpulan pelajar cacat pendengaran itu dan bertindak segera bagi mengatasinya.

Menurutnya, pihaknya mengadakan perbincangan dan membuat keputusan supaya kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar perempuan dan lelaki diterima masuk tanpa sebarang masalah ke asrama berkenaan.

Katanya, pengurusan asrama mahupun jabatan tidak dapat memaklumkan keputusan perbincangan itu kepada ibu bapa, kelmarin, kerana kesuntukan masa.

“Kami prihatin dengan keadaan pelajar kurang upaya dan memandang serius masalah dihadapi mereka kerana menyedari ada yang tinggal di kawasan jauh.

“Pengurusan asrama terpaksa menangguhkan kemasukan kumpulan pelajar yang belajar di tingkatan satu sehingga tingkatan lima kerana tidak mempunyai kekosongan tempat tinggal. Tambahan pula, sekolah itu juga digunakan untuk kelas agama.

“Dalam tempoh masa tidak sampai sehari (semalam), masalah itu selesai dan kami berharap kumpulan pelajar itu dapat meneruskan persekolahan seperti biasa secepat mungkin,” katanya, semalam.

Sementara itu, guru besar Sekolah Pendidikan Khas Johor Bahru, Norihan Ahmad ketika ditemui di sekolah itu semalam enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.

Read more...

Selamat Kembali Ke Sekolah

Sunday, January 4, 2009


Kami ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga pendidik dan pelajar di seluruh negara.

Setelah bercuti panjang, semua datang ke sekolah dengan keadaan serba baru. Pakaian baru, azam baru dan segala-galanya baru.

Kepada pelajar, inilah peluang terbaik anda untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa anda selama ini. Berikan mereka kejayaan yang cemerlang kepada mereka sebagai hadiah di atas susah payah mereka membesar dan menyekolahkan anda.

Kepada warga pendidik, jalankan amanah dan tanggungjawab berbayar ini dengan sebaik mungkin. Kelak anda akan dipersoalkan tentang apa yang anda lakukan terhadap anak didik anda. Carilah keberkatan dengan rezeki yang halal.

Kepada ibu bapa, bantulah kami dalam mendidik anak anda. Berikan kepercayaan kepada kami untuk membentuk anak anda agar menjadi manusia yang berguna.

"Disiplin Utama Kurikulum Pertama". Barulah kejayaan akan bersama anda!

Read more...

Debat ala-Parlimen wajib di MRSM

Saturday, January 3, 2009

KUALA TERENGGANU 2 Jan. - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan mewajibkan program debat ala-Parlimen yang dijadikan sebahagian aktiviti dalam kelas mulai tahun ini bagi melahirkan lebih ramai pelajar berfikiran kreatif dan inovatif.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, debat ala-Parlimen yang merupakan program antara MRSM seluruh negara kini akan diperluas ke dalam kelas.

Menurutnya, debat seharusnya digalakkan di peringkat awal kerana ia merupakan suatu proses mencari kebenaran mengenai sesuatu isu.

''Kita mahu pelajar MRSM mampu mendebatkan teori sains dan amalinya supaya sains tidak disempitkan selain daripada penerangan buku teks, sebaliknya boleh dikembangkan kepada inovasi baru.

''Kejayaan cemerlang institusi pengajian bukan hanya membabitkan akademik malah apa yang diutamakan ialah aktiviti kokurikulum," katanya semasa mengadakan perjumpaan dengan tenaga pengajar MRSM Kuala Terengganu di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Mara negeri, Razali Murdad, Pengetua MRSM Kuala Terengganu, Bahari Ab. Wahab dan tenaga pengajar.

Saifuddin berkata, mulai tahun ini MRSM menetapkan misi untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang pemenang Hadiah Nobel (sains) di kalangan pelajar sekolah itu menjelang tahun 2020.

Beliau memberitahu, bagi merealisasikan hasrat itu MRSM merangka beberapa pendekatan baru antaranya pembudayaan pemikiran dan pendedahan sains dengan tidak mengehadkannya kepada aktiviti dalam kelas semata-mata.

''Bagi merealisasikan impian ini kami akan melipatgandakan penyertaan pelajar dalam kokurikulum sains di peringkat antarabangsa dan program berkaitan," katanya.

Mulai tahun ini juga kata Saifuddin, MRSM akan mengadakan program sekolah berkembar dengan sekolah menengah di luar negara yang popular dengan pencapaian dalam sains bagi memastikan sistem pendidikan MRSM terutamanya dalam bidang sains dan matematik mengikut amalan terbaik.

Selain itu, MRSM juga secara terancang akan menempatkan pelajar cemerlangnya di universiti terbaik di dunia.

Beliau menjelaskan, program itu merupakan kelangsungan usaha Mara untuk memastikan produk-produknya mendapat pendidikan tinggi terbaik dalam bidang sains dan matematik.

Saifuddin berkata, universiti terbaik itu mempunyai saintis terkenal sebagai pensyarahnya dan MRSM berharap pelajarnya mendapat bimbingan daripada mereka sebagai suatu pendedahan bagi menjadi saintis pada masa depan.

Antara contoh universiti terbaik dalam bidang tersebut termasuklah Massachusetts Institute Of Technology di Amerika Syarikat, Mc Gill University di Kanada dan University Of Tokyo di Jepun.

Read more...

Ibu bapa lega yuran sekolah dimansuhkan

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Kebanyakan ibu bapa berasa lega dengan pembukaan sesi persekolahan kali ini ekoran pemansuhan beberapa yuran khas dan penangguhan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Mereka yang ditemui pada sesi orientasi pelajar tahun satu yang bermula hari ini berpendapat, pemansuhan dan penangguhan yuran terlibat telah meringankan beban keluarga terutama yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak lebih daripada seorang.

Pekerja swasta, Muhamad Jalil Jamal, 36, menyifatkan pemansuhan yuran sekolah yang diperkenalkan kerajaan itu amat baik walaupun jumlahnya tidak terlalu tinggi.

"Kalau seorang sahaja anak yang bersekolah memang ia tidak membebankan sangat, tetapi bayangkan jika lebih daripada seorang, ia meningkatkan perbelanjaan keluarga.

"Peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk membayar yuran rasmi itu boleh digunakan untuk tujuan penting lain," katanya ketika ditemui di Sekolah Rendah Taman Connaught 2 di sini hari ini.

Pegawai bank, Siti Fatimah Arshad, 30, yang mengambil cuti khas untuk menghantar anaknya mengikuti sesi orientasi itu berkata, pemansuhan yuran rasmi tersebut harus dipuji kerana ia menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat.

"Usaha kerajaan ini menunjukkan kerajaan mengambil berat soal pendidikan di negara ini dan dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah anak mereka dengan sempurna," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memaklumkan tentang peruntukan tambahan berjumlah RM36.7 juta bagi menampung pemansuhan yuran khas sekolah rendah dan menengah.

Sejumlah RM22.7 juta daripada peruntukan itu digunakan bagi menampung yuran khas pelajar sekolah menengah yang bernilai RM9 seorang dan baki RM14 juta digunakan bagi pelajar sekolah rendah iaitu RM4.50 seorang.

Kementerian juga membelanjakan sebanyak RM210 juta untuk kos pemansuhan yuran peperiksaan awam selain peruntukan tambahan RM128 juta bagi pemberian skim bantuan buku teks secara percuma kepada pelajar.

Pekerja hotel, Normah Mohd. Shinai, 34, pula berkata, dia lega kerana tidak perlu menyediakan bayaran yuran sekolah untuk dua anaknya yang belajar di tahun satu dan empat.

''Saya gembira dan rasa senang kerana tidak perlu membayar yuran di awal persekolahan anak dan ini dapat menjimatkan perbelanjaan saya serta suami," katanya ketika ditemui di Sekolah Rendah Taman Connaught 2 di sini hari ini.

Normah berkata, sebelum ini dia telah membelanjakan kira-kira RM600 bagi menyediakan peralatan persekolahan untuk dua anaknya termasuk seorang yang menjejakkan kaki ke tahun satu iaitu Muhamad Daniel Mat Esa.

"Ibu bapa hanya perlu membayar yuran PIBG sekolah tetapi itu pun pada pertengahan tahun selepas mesyuarat PIBG diadakan nanti," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, para pelajar tahun satu yang mengikuti sesi orientasi hari ini kelihatan gembira mengikuti kelas berkenaan selain dapat bertemu dengan rakan baru.

Mereka juga dilihat tidak kekok dan takut menjejakkan kaki ke sekolah kerana kebanyakannya telah mengikuti kelas tadika.

Read more...

Guru berang ditukar sekolah

BUKIT MERTAJAM: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah dekat sini, tiba-tiba menjerit ke arah sekumpulan guru yang sedang bermesyuarat sambil menghentak meja beberapa kali menyebabkan mereka terkejut, semalam.

Guru berusia 30-an itu bertindak meluru masuk ke bilik mesyuarat pada jam 9.30 pagi ketika pengetuanya sedang berbincang dengan lebih 40 guru lain.

Menurut sumber, sebaik masuk ke bilik mesyuarat, guru lelaki itu menghentak meja, kerusi dan almari sambil menjerit ke arah kumpulan guru berkenaan.

Katanya, guru berkenaan dipercayai mahu menjadikan pengetua sekolah sebagai sasaran tetapi tindakannya menghentak meja menyebabkan semua guru terkejut dan ketakutan.

“Berikutan itu, seorang guru wanita cedera ringan di tangan kerana terkena objek yang melantun akibat tindakan guru berkenaan menghentak meja,” katanya.

Ketika kejadian, tiada pelajar di sekolah itu berikutan sedang bercuti dan sesi persekolahan hanya bermula Isnin ini.

Sumber itu berkata, bagi mengelak kejadian lebih buruk, pengetua sekolah menghubungi polis yang kemudian menahan guru berkenaan lalu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.

Menurutnya, guru wanita yang cedera ringan juga dihantar ke hospital sama dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan guru lelaki terbabit untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar dia bertindak begitu.

Guru berkenaan dikatakan tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Dr Mohd Shah Husin Shah mengesahkan kejadian itu berkata pengetua sekolah berkenaan sudah membuat laporan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berang kerana tidak dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan.

“Suspek sebenarnya tidak berpuas hati kerana dipindahkan ke sekolah lain menyebabkan dia menjerit ke arah pengetua dan menghentak meja ketika mesyuarat berlangsung,” katanya.

Read more...

About This Blog

Blog ini merupakan himpunan bahan, berita, pendapat dan komen berkenaan dunia pendidikan yang diperolehi daripada pelbagai sumber samada yang diperolehi secara langsung atau secara tidak langsung. Ketelusan dalam bahan yang diperolehi adalah menjadi teras kepada blog ini. Blog ini mungkin menjadi bahan rujukan kepada pihak yang ada kaitan dengan bidang pendidikan samada guru, pelajar, ibubapa dan sebagainya.

Recent Posts

Recent Comments

  © Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP