Blog ini akan mempelbagaikan bahan yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Blog ini tidak hanya menumpukan kepada aspek berita semasa sahaja tetapi akan disertakan dengan apa sahaja bahan yang mempunyai kaitan dengan pendidikan dan PENDIDIK.

Pelajar dibelasah kerana menjeling

Saturday, February 28, 2009

AMPANG: Hanya kerana perbuatan menjeling ketika berada di kelas, seorang pelajar tingkatan empat dibelasah lima pelajar di sebuah sekolah menengah di sini kelmarin.

Lima pelajar itu bertindak ala samseng apabila mereka menunggu mangsa di luar sekolah selepas sesi persekolahan pagi sebelum memukulnya.

Menurut sumber, pelajar tingkatan empat itu tidak berpuas hati dengan mangsa yang asyik memandang mereka di kelas.

“Lima pelajar yang tidak berpuas hati berkenaan cuba bertanyakan sama ada mangsa mempunyai masalah dengan mereka.

“Namun, jawapan diberikan mangsa membuatkan lima pelajar terbabit berang sebelum mereka cuba membelasahnya di kelas,” katanya.

Kejadian itu disedari seorang guru yang kemudian meleraikan pergaduhan itu menyebabkan lima pelajar terbabit berdendam dengan mangsa.

Mereka juga diberikan amaran oleh guru terbabit supaya tidak berlagak samseng jika tidak mahu tindakan disiplin dikenakan.

Sejurus tamat waktu persekolahan, kata sumber itu, lima pelajar berkenaan menunggu mangsa di luar pintu pagar sekolah sebelum mereka membelasah mangsa.

Kejadian itu bagaimanapun dilihat seorang guru yang segera menghubungi polis.

“Polis yang tiba menahan semua pelajar sebelum dibawa ke Balai Polis Ampang untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang mengalami beberapa kecederaan di muka dan badan turut membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, lima pelajar berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pagi semalam.

“Selain memberikan nasihat, polis memanggil ibu bapa semua pelajar terbabit untuk diberikan penerangan bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Harian Metro Online

Read more...

Tulisan dan bahasa menunjukkan bangsa

DI mana letaknya tulisan orang Melayu? Tulisan jawi. Tulisan orang Melayu inilah yang menjadi identiti bangsa Melayu.

Kita boleh lihat tulisan kaum Cina, India, Thailand, Jepun, Korea dan lain-lain di televisyen. Sedihnya di mana tulisan jawi, tulisan orang Melayu? Mengapa tulisan ini dipinggirkan? Pemimpin atasan semuanya orang Melayu, apakah pemimpin-pemimpin ini tidak sayangkan identiti bangsanya?

Dahlah Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia hilang Melayunya, sesetengah drama-drama TV menggunakan bahasa Malaysia rojak.

Anak-anak orang Cina jiran saya setiap hari berlanggan akhbar tulisan Cina. Mereka megah, bangga dengan tulisan bangsanya. Apa sudah jadi dengan bangsa saya (Melayu) akhbar tulisan jawinya terselit seminggu sekali sahaja di dalam akhbar tulisan rumi.

Saya pasti akhbar berbahasa Melayu akan terkubur 20 tahun lagi dari tarikh saya menulis ini. Seperti terkuburnya akhbar tulisan jawi. Lebih kurang 20 tahun kemudian setelah orang Melayu sendiri menghina akhbar tersebut.

Saya teringat pada tahun awal 70-an dulu ketika saya mengepit Utusan Melayu masuk ke bilik guru di sebuah sekolah di Felda, seorang kawan sebangsa dan seagama dengan saya menyatakan Utusan Melayu ialah akhbar orang sekolah atap.

Jelas, lebih kurang 20 tahun kemudian akhbar Utusan Melayu terkubur.

Orang Melayu jangan berasa sedih jika 20 tahun akan datang surat khabar berbahasa Melayu tulisan rumi pula akan juga terkubur. Sekarang ini kita lihat orang Melayu sudah mula seperti malu hendak bertutur dalam bahasa ibundanya. Kita boleh lihat temuramah-temuramah di TV dan drama-drama TV bahasa Inggeris seperti diutamakan.

Pemimpin-pemimpin ini hendaklah sedar bahawa mereka naik kerana undi rakyat khususnya undi orang Melayu. Agama yang dianuti orang Melayu jangan diperlekehkan. Bahasa Melayu hendaklah terus diguna pakai dalam pembelajaran semua perkara di sekolah.

Untuk meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris, apa salahnya pembelajarannya ditambah selama satu jam seminggu. Saya tidak nampak guru-guru atau tenaga pengajar akan memberontak. Selamanya saya lihat guru-guru sentiasa taat arahan dan perintah.

Tulisan jawi saya sarankan diwajibkan diajar di peringkat sekolah rendah lagi selama 45 minit seminggu diselitkan dalam pelajaran agama Islam. Tulisan jawi ini adalah identiti bangsa Melayu. Insya-Allah Utusan Melayu akan kembali segar.

Saya menyeru kepada kepimpinan Melayu agar terus mengagungkan Bahasa Melayu, tulisan Melayu (jawi) dan budaya Melayu.

Kembalikan hak Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Gunakan seterusnya istilah-istilah matematik dan sains yang beribu-ribu yang dicipta oleh DBP.

Pemimpin-pemimpin Melayu sibuk dengan katanya "ketuanan Melayu" terhakis selepas pilihan raya yang lalu. Tetapi pemimpin Melayu tidak sedar ketuanan bahasa Melayu, tulisan Melayu (jawi) terhakis kini dan selamanya. Siapa yang menghakis?

Orang Melayu sekalian, sayangilah bahasa anda dan tulisan bangsa anda (tulisan jawi) yang menjadi identiti bangsa anda. Hilang bahasa, Melayu akan lenyap di Malaysia dan seterusnya di muka bumi ini.

'Tulisan dan bahasa menunjukkan bangsa.'

MD. ESA KARDI

Persara Guru Muar, Johor

Utusan Online

Read more...

Teachers must be ready to adapt

Friday, February 27, 2009

HAVING read the claim, “Teachers going mad teaching subjects in English” (The Star, Feb 26), and having observed what transpired in schools today, I must say the urgent need now is to build up a resilient teaching force for the schools.

The claim by the state assemblyman in Perak that teachers are going crazy because they have to learn to teach is ridiculous. To call for the abandonment of a good policy just because someone has to work harder and learn new things is a sign endorsing a decay in our resilience.

Of all people, teachers should never complain they have to learn new things to better themselves. If teachers need to learn new tricks in the trade, so be it. That’s how we can develop a resilient workforce to cater for the challenging needs of society and, in this case, in schools.

If the state assemblyman is suggesting that teachers should be spared from learning a new trick, then effectively, he is proposing that teachers should stop learning the moment they become teachers. What about learning to cope with difficult students, learning to counsel different cases of learning disability?

If that should be the case, then the Educa­tion Ministry should stop all in-service training for teachers because they are becoming zombie-like when they are expected to learn while doing their teaching. Is that the root cause of our students withering at the slightest pressure?

The fact is that teachers need to be able to adapt to new demands. We need to see new approaches to teaching to make it effective and relevant to the present need of students.

Today, we talk about accelerated learning to help students learn better. Earlier, we talked about constructiveness, multiple intelligence, mastery learning and learning styles of learners, and teachers must continually upgrade themselves to make themselves effective.

As such, I appeal to those who want to speak up for teachers to firstly understand the real need for our teachers today as real models of learning.

When the Government provides a special allowance for the teaching of Science and Mathematics in English, it is an incentive for teachers to pick up the language and the skills – a monetary incentive of 10% of the salary for non-graduates or 5% for graduates, which easily comes to about RM200.

If teachers are models of learning, this allowance should be used to upgrade themselves. It is enough for them to engage a personal tutor to help accelerate their competency in English.

But sad to say, the money has gone into buying branded handbags, upgrading mobile phones or even paying the instalment for their new cars.

I have heard Education Ministry officials suggesting to teachers to use the money for tuition to improve their competency in the language, but such advice has all fallen on deaf years.

Hence the argument that teachers are not competent remains even after six years and the rot to the resilience of our teaching force is accelerated.

TENG,

Batu Pahat.

The Star Online

Read more...

'Tak perlu lagi debat isu PPSMI'

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak perlu didebatkan lagi.

"Nak didebatkan apa lagi. Kalau pada peringkat dasar masih boleh, tapi ia kini dalam proses ubah suai dasar," katanya kepada wartawan ketika diminta mengulas cabaran Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub kepadanya untuk berdebat isu berkenaan.

Sebaliknya, beliau menjemput semua pihak termasuk mereka yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan dasar itu supaya tampil memberikan pendapat dan cadangan untuk memperbaiki dasar itu.

"Lebih baik mereka beri cadangan dan pendapat. Jemputan untuk menyertai perbincangan meja bulat sudah diberi supaya mereka boleh panjangkan pandangan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini, di sini, semalam.

Beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi merasmikan persidangan itu.

Pelaksanaan PPSMI sejak 2003 mencetuskan kontroversi serta perdebatan dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya.

Isu itu menjadi bertambah hangat apabila ahli akademik serta sasterawan menyertai segelintir ahli politik dalam menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu.

"Sekarang, izinkan kami untuk melihat semua pandangan dan mencari mekanisme terbaik mengenainya. Adakala mereka yang begitu lantang bersuara bukannya yang terbaik," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan gejala samseng di kalangan pelajar dan mereka yang terbabit dalam kegiatan itu perlu berhadapan dengan hukuman.

Katanya, Jawatankuasa Menangani Gejala Disiplin Murid yang dipengerusikan timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong akan menyiasat secara terperinci setiap kes membabitkan gejala samseng membabitkan pelajar di sesebuah sekolah.

"Di bawah kami ada lima juta pelajar membabitkan lebih 10,000 sekolah, jangan anggap budaya samseng di kalangan pelajar semakin berleluasa, sebaliknya kita ada mekanisme untuk menangani gejala ini.

"Apa yang mahu saya tegaskan ialah jawatankuasa berkenaan akan melihat secara serius selain menyiasat setiap kes pergaduhan sehingga ada pelajar yang maut. Saya tidak akan kompromi dengan gejala samseng di kalangan pelajar dan akan sentiasa memastikan keselamatan pelajar diutamakan," katanya.

Ahad lalu, Muhd Hadzrin Mohamad, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas seminggu koma akibat dibelasah sekumpulan remaja dipercayai pelajar sekolah.

Berita Harian Online

Read more...

Teachers going mad teaching subjects in English, claims rep

Thursday, February 26, 2009

TAIPING: Some Malay teachers in Bagan Serai are “going mad” as they cannot handle teaching Mathematics and Science subjects in English, claimed a state assemblyman .

Dr Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong) said the teachers themselves had to take English classes to improve their command of English.

While they are still grappling with the language, they are required to teach their students as well, said Khalil, who was chairman of the Perak Backbenchers Club in the former Pakatan Rakyat-led state government.

“The teachers themselves have a poor command of English. How do we expect them to teach their students?” he asked in his speech after a briefing on the subject at the state PAS headquarters in Jalan Air Kuning on Tuesday.

Some teachers, he said, “have simply gone crazy” because of this, likening the matter to the blind leading the blind. He claimed the minimum passing mark for both subjects were lowered to ensure that only a rosy picture was painted of the move.

Earlier, the gathering was told by Malaysian Translators Association president Associate Prof Abdullah Hassan that a big gathering is scheduled to be held in front of Istana Negara at 2pm on March 7 to protest against the teaching of Mathematics and Science in English.

Prof Abdullah said the argument that the usage of English would provide better job opportunities could only hold water if there were plenty of job openings.

The Star Online

Read more...

PPSMI kembali ke zaman penjajah

SAYA tertarik hendak mengulas isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang kerap dibangkitkan sejak akhir-akhir ini oleh ahli politik, pejuang bahasa, ahli akademik dan masyarakat pendidik sendiri.

Bagi saya selaku seorang pendidik dan kini selaku penyelidik, apabila kita mahu berhujah mengenai sesuatu perkara, berhujahlah berlandaskan fakta, kajian terperinci dan bersifat akademik. Isu PPSMI tidak harus dilihat berdasarkan perspektif emosi semata-mata.

Isu PPSMI berkait-rapat dengan soal paksi Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan Negara, isu undang-undang tubuh negara (Perlembagaan Persekutuan), isu kebolehcapaian pelajar dalam pelaksanaan PPSMI, isu penggubalan dasar PPSMI itu sendiri dan pelaksanaannya, isu keciciran dan kesannya ke atas survival pelajar pada masa depan dan impak dari segi sosiologi, psikologi dan sosioekonomi.

Itu antara beberapa perspektif yang boleh dilihat dan masih banyak lagi sudut lain. Mudah benar bagi kita menuduh begitu dan begini tanpa membuat kajian mendalam asas bantahan PPSMI. Mudah untuk kita menyatakan kajian yang dibuat mengenai PPSMI adalah bersifat dangkal jika dilakukan oleh golongan yang menolak PPSMI.

Mudah juga bagi kita, seperti menyatakan orang Melayu asyik hendak bersenang-senang saja. Saya tidak nafikan mungkin wujud di kalangan orang Melayu, seperti pelajar Melayu yang bersifat sedemikian, tetapi kadar atau bilangan yang bersifat begitu harus diselidiki melalui kajian empiritif dan tidak sewajarnya pukul rata.

Lantaran itu beberapa pemikir Melayu seperti Syed Hussein Al Attas kurang bersetuju dengan anggapan masyarakat Melayu pemalas. Kita harus mengkaji sejarah dan melihat kebangkitan empayar Melayu sehingga dikagumi kuasa besar seperti China suatu waktu dulu.

Berbalik kepada asas melingkari PPSMI, banyak isu yang perlu diperdebatkan secara objektif tanpa emosional sebelum dasar ini diteruskan atau tidak. Pertamanya soal perancangan dan pelaksanaan dasar PPSMI itu sendiri.

Dari sudut teori pentadbiran awam, sesuatu dasar yang berkesan haruslah dirancang dengan teliti, malah melalui proses kajian impak, kajian projek rintis dan sebagainya sebelum dilaksanakan menyeluruh.

Apakah PPSMI melalui semua ini? Menurut Prof Dr Sidek Baba dalam bukunya Melayu Perkasa (2009), dasar PPSMI dirancang dan dilaksana secara tidak berhati-hati dalam erti kata melalui perancangan teliti sebegini.

Keduanya, dari sudut Perlembagaan Persekutuan, pelaksanaan dasar ini akan menggugat Perkara 152 mengenai Bahasa Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Kita khasnya bangsa Melayu harus sedar bahawa ada empat perkara yang memayungi pribumi dalam Perlembagaan Negara dan menjadi teras iaitu agama Islam (Perkara 4 dan 11), Bahasa Melayu (Perkara 152), Hak Istimewa Melayu (Perkara 153) dan Raja Berperlembagaan.

Pada masa ini, keempat-empat perkara itu mula tergugat dan goyah dan tanpa disedari melalui pelaksanaan PPSMI kita sedang dan akan terus membunuh bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Menurut Prof Emeritus Abu Bakar Hamid (2007), satu kajian menunjukkan daripada 79 mata pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hanya 19 subjek diajar dalam bahasa Melayu. Pada peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pula, lebih kurang 20 peratus saja subjek diajar dalam bahasa Melayu manakala di IPT swasta, rata-rata dalam bahasa Inggeris.

Ini bermakna dalam jangka panjang PPSMI akan menyebabkan kita kembali ke zaman penjajahan apabila hampir semua subjek diajar dalam bahasa Inggeris. Justeru, apakah akan terjadi kepada usaha hampir 50 tahun memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan?

Kita juga mungkin terlupa betapa hasil pelaksanaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar dalam arus pendidikan kita sejak sekian lama, kita menghasilkan puluhan ribu profesional Bumiputera.

Misalnya doktor gigi Bumiputera pada 1999 dilaporkan mencecah 35 peratus sedangkan pada 1970 hanya tiga peratus, doktor perubatan 37 peratus (1999) berbanding empat peratus (1970) dan jurutera 27 peratus (1999) berbanding tujuh peratus (1970).

PPSMI juga memungkinkan keciciran di kalangan pelajar luar bandar dan bandar yang sosioekonomi mereka rendah. Kajian Nor Hashimah Jalaluddin (2004) mendapati 75 peratus pelajar tidak setuju Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

ADIPUTERAJAGAT,
Tanjung Malim,
Perak.

Berita Harian Online

Read more...

Kamus Dewan tiada 'gerko'

MENURUT Kamus Dewan, kokurikulum ialah kurikulum yang sebahagian daripada kurikulum asas. Ungkapan kegiatan (aktiviti) kokurikulum pula dijelaskan sebagai kegiatan atau aktiviti, selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian kursus pendidikan pelajar di sekolah.

Pada penghujung 1970-an dan awal 1980-an, ungkapan baru 'gerak kerja kokurikulum' mula digunakan di maktab perguruan. Akronim ungkapan itu ialah `gerko'. Ada satu lagi akronim digunakan di maktab perguruan, iaitu 'kokum'. Penggunaan akronim ini terbatas di beberapa maktab perguruan saja.

Sejak awal 1980-an, penggunaan perkataan gerko meluas. Perkataan itu tercatat dalam beberapa banyak dokumen bertulis di institut pendidikan guru (IPG). Misalnya, unit gerko, setiausaha gerko, dan sukatan pelajaran gerko.

Carian dengan Google baru-baru ini menunjukkan semua ungkapan ini tersebar di internet. Ungkapan 'unit gerko' mencatat kekerapan tertinggi, iaitu terdapat lebih 4,500 dokumen.

Dokumen terpenting yang menunjukkan luas dan mantapnya penggunaan perkataan gerko ialah sukatan pelajaran gerko. Dokumen kualiti `Pelaksanaan Gerko' dalam pengurusan sistem kualiti IPG pula mengukuhkan lagi penggunaan perkataan itu.

Selain itu, perkataan gerko tersebar luas di kalangan masyarakat melalui bahan bercetak terbitan IPG dan penerbit buku.

Rumusannya, perkataan gerko sudah wujud dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya sejak 30 tahun lalu. Penyebaran perkataan itu luas dan kekerapan penggunaannya tinggi.

Perkataan yang sudah lama wujud, luas penyebarannya dan tinggi kekerapan penggunaannya dapatlah dikatakan sudah mantap. Perkataan yang sebegini sepatutnya dapat dikesan dalam Kamus Dewan edisi terkini.

Namun, perkataan ini tidak ada dimasukkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah perkara ini berlaku? Dewan Bahasa dan Pustaka mungkin ada jawapannya.

MOHD ISA ABD RAZAK,
Seremban,
Negeri Sembilan.

Berita Harian Online

Read more...

Sekolah usah sembunyi kes jenayah

KEMATIAN seorang pelajar akibat dibelasah sekumpulan rakan sekolahnya, gara-gara berebut teman wanita baru-baru ini amat mendukacitakan. Ia juga menarik perhatian pelbagai pihak. Namun, kenyataan Menteri Pelajaran adalah tepat apabila menyatakan ia bukannya kejadian terpencil.

Kejadian seperti ini sudah berlaku beberapa kali. Malah satu masa dulu kita dikejutkan dengan berita pelajar Ma'ahad dibelasah rakannya.

Nampaknya tiada had bagi perkara seperti itu berlaku. Kami, bekas pelajar yang tamat persekolahan lima tahun lalu, meminta pihak sekolah lebih bertanggungjawab dalam kes seumpama ini.

Berdasarkan pengalaman, pihak sekolah biasanya cuba menutup kejadian jenayah yang berlaku di sekolah. Pelbagai kejadian seperti mencuri, buli dan belasah, pecah masuk asrama wanita dan sebagainya tidak direkodkan.

Malah, ada kala jika kes membabitkan pelajar yang mempunyai ibu bapa yang berkhidmat di sekolah itu, tiada tindakan diambil. Sesetengah pelajar mengambil peluang itu dan cuba berubah menjadi pelajar yang baik.

Namun, ada juga yang mengambil kesempatan atas tindakan berkenaan dengan menganggap sekolahnya lemah dan seterusnya mengulangi perbuatan sama.

Namun, pada kebiasaannya pihak sekolah mengelak untuk melaporkan perkara sedemikian, demi menjaga nama baik sekolah.

Apa yang akan difikirkan jika kementerian mengetahui kejadian seperti ini? Sumbangan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga pastilah berkurangan dan lebih menakutkan lagi, aktiviti dan pentadbiran sekolah menjadi bahan bualan dan mereka akan disiasat sama ada oleh pihak ibu bapa mahupun pihak kementerian.

Jika pun ada tindakan diambil pihak sekolah, ia juga mempunyai niat yang sama. Sebagai bekas pelajar yang pernah melakukan kesalahan, kami bersyukur andainya pihak sekolah memberi peluang kedua untuk berubah.

Bagaimanapun, bagi pelajar yang tidak menunjukkan sikap bersyukur dan tiada keinginan untuk berubah, iaitu terus menerus melakukan kesalahan sama, pihak sekolah sekiranya benar-benar mementingkan kebaikan pelajar, akan menyerahkan kesnya kepada pihak yang berkuasa, seperti kementerian atau pihak polis.

Adalah lebih mendukacitakan lagi pihak sekolah sebaliknya bersikap lepas tangan apabila bertindak untuk memindahkan pelajar berkenaan ke sekolah lain atas pilihan pelajar dan tidak memaklumkan sebabnya kepada sekolah baru.

Akibatnya, pelajar berkenaan terus melakukan jenayah dan kesalahan, malah mungkin dengan lebih berleluasa lagi. Sekolah haruslah menjadi tempat memupuk pelajar dan membentuk sahsiah mereka, bukan sekadar tempat kerja bagi guru dan pentadbir sekolah.

Hukuman bagi pelajar seharusnya dilakukan sesuai dengan keadaan, bukan semata-mata mengikut perasaan geram atau marah.

Ia juga harus dilaksanakan dengan niat untuk mengubah pelajar menjadi insan lebih baik lagi.

Tindakan melaporkan kepada pihak lebih berkuasa tidak harus dilihat sebagai kejam andainya ia benar-benar sesuai. Setakat mewajibkan pelajar menghadiri sesi kaunseling tidak mencukupi.

Malah, tindakan ini, walaupun pasti mendapat tentangan ibu bapa, juga dapat menarik perhatian ibu bapa pelajar bermasalah ini kepada masalah yang dihadapi anak mereka.

Andainya pihak sekolah bersikap bertanggungjawab, ikhlas dan penuh integriti dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, rakyat Malaysia, khususnya anak muda remaja yang terbentuk pastinya akan menjadi bangsa yang lebih baik.

BEKAS PELAJAR,
Bintulu, Sarawak.

Berita Harian Online

Read more...

Kementerian cari jalan atasi keganasan di sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran yang bimbang dengan peningkatan kes keganasan di sekolah, mengambil tindakan proaktif dengan mengatur mesyuarat dengan semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong, perbincangan dengan semua wakil JPN akan diadakan bagi mencari pendekatan terbaik untuk menyelesaikan kes keganasan di sekolah.

"Sebagai penyelesaian awal, saya sudah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Bahagian Sekolah dan sekolah yang terbabit dalam kes keganasan itu, bagaimanapun ia belum mencukupi.

"Laporan awal mengenai beberapa kes keganasan yang berlaku baru-baru ini dan juga statistik mengenai kes yang berlaku juga sudah saya peroleh, namun perincian mengenainya akan saya beritahu pada minggu depan selepas mengadakan perjumpaan dengan semua wakil JPN," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan seorang remaja, R Rajkumar, 16, cedera di kepala dan muka akibat di belasah sekumpulan pelajar di luar Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana ketika menjemput dua adiknya.

Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, memberi amaran pihaknya tidak akan berkompromi tindakan ganas membabitkan pelajar sekolah.

Katanya, satu jawatankuasa khas dengan struktur kaedah serta prosedur tetap untuk menyiasat kes seumpama itu sudah ditubuhkan.

"Saya sudah minta Timbalan Menteri (Dr Wee) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Disiplin untuk menyiasat hal ini.

"Tidak dapat dinafikan dari semasa ke semasa, insiden seperti ini akan berulang. Bagaimanapun, jika ia membabitkan hal disiplin, saya dan juga kementerian tegas serta tidak akan kompromi terhadap pelajar yang melakukan kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berita Harian Online

Read more...

PPSMI: A. Samad Said sedia hilang gelaran

KOTA BHARU 25 Feb. - Datuk A. Samad Said sedia kehilangan gelaran dan penghormatan sebagai Sasterawan Negara dalam memperjuangkan pemansuhan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, gelaran tersebut tidak penting bagi dirinya kerana perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu lebih utama bagi kelangsungan anak bangsa pada masa depan.

"Kalau hendak ambil (gelaran), ambillah sekarang, perjuangan mesti diteruskan, ia langsung tidak menyentuh saya, kalau fikir itu besar sangat ambil dan simpan sajalah.

"Saya sudah umumkan dulu, saya bukan Sasterawan Negara, saya lebih senang dipanggil sasterawan rakyat," katanya pada sidang akhbar bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut diadakan sempena 'road show' anjuran GMP di negeri ini untuk menghimpunkan 100,000 rakyat bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI di depan Istana Negara, Kuala Lumpur, 7 Mac ini.

A. Samad yang juga merupakan penasihat GMP berkata, beliau tidak akan berhenti menegur semua pihak terutama dalam isu bahasa walaupun mengetahui kebenaran itu perit.

"Memang dulu, saya seorang sasterawan yang 'berkira-kira' oleh kerana golongan elit yang berkuasa adalah rakan-rakan saya, semuanya saya kenal, kalau bercakap saya tidak mahu sentuh kecuali ada pemimpin yang inginkan fikiran saya secara jujur dan total.

"Sebelum saya pergi haji, sikap saya terlalu menjaga hati walaupun benda itu salah, saya tidak berani menegur tetapi semenjak saya pulang, saya sudah bersedia untuk berkata benar walaupun memeritkan, kalau betul saya sokong," katanya.

Katanya lagi, Kementerian Pelajaran yang masih mempertahankan PPSMI seolah-olah tidak yakin dan percaya dengan bahasa sendiri untuk menjadi medium bagi rakyat menimba ilmu.

Justeru itu, jelas beliau, perjuangan untuk meyakinkan kerajaan akan diteruskan dan semua pihak tidak perlu memandang serong tindakannya berada di atas pentas Pas bagi mempertahankan bahasa Melayu.

"Saya hanya mencari pentas, kalau ada orang yang sediakan pentas, apa salahnya saya berada di sana untuk memperjuangkannya supaya tidak nanti anak cucu kata kita tidak pertahankan bahasa ibunda, tidak nanti mereka kata nenek moyang kita buat.

"Perjuangan saya hanya mendaulatkan bahasa, saya bukan orang politik dan saya tidak fikir akan jadi orang politik, barangkali saya akan menyertai mana-mana parti secara bukan orang politik, tetapi ikut isu yang mesti diperjuangkan," katanya.

Sekiranya kerajaan masih berdegil, beliau meminta rakyat supaya menggunakan kuasa untuk menterjemahkan ketika pilihan raya dengan mengundi menolak pihak yang tidak mendaulatkan bahasa Melayu.

Utusan Malaysia Online

Read more...

Kena lempang bawa telefon bimbit

Wednesday, February 25, 2009

KUALA TERENGGANU – Gara-gara membawa telefon bimbit ke dalam bilik darjah, dua pelajar wanita sekolah menengah di Manir dekat sini terpaksa menerima padah dilempang guru disiplin.

Akibatnya, seorang daripada mereka mengalami kecederaan di telinga selepas dilempang sebanyak empat kali oleh guru terbabit.

Menurut mangsa, Siti Aminah Ahmad, 15, dan rakan sekelasnya, Siti Lakkhaleeda Mohd. Rozamlee, mereka dipanggil oleh guru disiplin itu pada pukul 11 pagi Khamis lalu.

Bagaimanapun laporan polis hanya dibuat kelmarin di Balai Polis Kuala Terengganu.

“Semasa guru itu membuat pemeriksaan, telefon bimbit tidak ada kerana saya menyerahkannya kepada seorang rakan lain,” kata Siti Aminah.

Selepas gagal menemuinya, guru itu menjadi marah dan bertindak mengajak Siti Aminah pulang ke rumahnya untuk bertanyakan mengenai telefon bimbit itu kepada ibu pelajar tersebut.

Bagaimanapun ibunya memberitahu beliau tidak mengetahui apa-apa dan mereka kembali semula ke sekolah.

Oleh kerana bimbang kejadian yang lebih buruk berlaku ke atas Siti Aminah, rakan sekelas yang menyimpan telefon itu telah memberikannya kepada guru itu.

Menurut Siti Lakkhaleeda pula, mukanya telah ditampar sebanyak dua kali di hadapan rakan-rakan sekelas yang lain.

“Bukan kami sahaja yang membawa telefon ke sekolah kerana ramai pelajar lain turut melakukan perkara yang sama tetapi mereka tidak dikenakan tindakan.

Kosmo Online

Read more...

Pelajar kita tempat pertama peperiksaan CAT sedunia

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Cita-citanya hanya satu, mahu menjadi usahawan cemerlang.

Sehubungan itu, Wong Viang Wing, 20, bekerja keras untuk mencapai matlamatnya.

Usaha tersebut akhirnya memberi hasil cemerlang apabila beliau berjaya menduduki tempat pertama seluruh dunia dalam peperiksaan Certificate Accounting Technician (CAT).

Anak muda kelahiran Pahang itu berasa terharu dan gembira dengan pencapaian yang diperolehinya itu.

"Saya berterima kasih kepada keluarga dan pengajar atas kejayaan saya ini. Sesungguhnya saya yakin akan memiliki kejayaan ini kerana sentiasa komited dengan apa yang dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob di sini hari ini.

Pelajar tajaan Yayasan Pahang tersebut menerima sumbangan wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan atas kejayaannya itu.

Sijil CAT diterimanya Jun tahun lalu daripada Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), United Kingdom.

Menurut Viang Wing, resipi kejayaan yang diamalkannya amat mudah.

"Kita perlu berikan tumpuan terhadap apa yang diajar oleh pensyarah semasa di dalam kelas. Bertanya jika tidak faham dan kerap melakukan latihan supaya kita faham apa yang kita pelajari.

"Malah apa yang penting, kita perlu yakin dengan apa yang kita pelajari supaya dapat menjawab peperiksaan dengan baik," ujarnya yang masih menuntut di Kolej Universiti Sunway.

Katanya, setiap pelajar juga harus bijak membahagi masa.

"Saya tidak hanya membaca dan masih ada masa untuk bersukan dan beriadah. Tetapi kalau buat sesuatu perkara, saya akan melakukannya bersungguh-sungguh," jelasnya.

Utusan Online

Read more...

''Bila saya dapat jadi guru?''

SAYA merupakan pelajar cemerlang, mendapat anugerah Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daerah Tampin tahun 2001, at-Tabari Award (pelajar terbaik Quran & Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Konvokesyen 2004 dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama dan lulus Diploma Pendidikan UPSI dengan Himpunan Purata Markah 3.9. Namun sehingga sekarang saya belum dapat kerja.

Saya terfikir, kenapa agaknya saya belum mendapat kerja? Adakah kerana tiada rezeki? Atau adakah kerana tidak berusaha untuk mencari kerja? TIDAK, saya sangat berusaha untuk mencari rezeki.

Datang daripada keluarga guru (emak, ayah, suami, kakak, pak cik dan mak cik, kebanyakan adalah guru), saya bercita-cita dari kecil untuk menjadi guru. Selepas konvokesyen UIA, saya pernah mengajar di sebuah sekolah swasta di Gombak. Kerana inginkan kerja yang lebih terjamin, saya memohon untuk menjadi guru.

Setelah berusaha dalam ujian bertulis dan temuduga, saya berjaya dan ditawar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) sebagai sijil ikhtisas sebelum diserapkan untuk menjadi pensyarah sama ada di Politeknik atau Kolej Komuniti.

Setelah menamatkan Diploma Pendidikan, saya berdebar-debar menunggu untuk penempatan. Di manakah agaknya saya akan ditempatkan? Bagaimanakah agaknya rupa dan tingkah laku bakal pelajar saya nanti? Adakah saya dapat lakukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar saya nanti? Saya terasa begitu teruja untuk mengajar dan tidak sabar menunggu untuk ditempatkan.

Namun sehingga sekarang semua persoalan itu tidak terjawab. Saya ingin bertanya kepada KPTM, bilakah saya dan rakan-rakan saya akan ditempatkan? Kenapakah urusan penempatan kami dilambat-lambatkan?

Telah dua kali kami diberi harapan penempatan. Pertama kali pada bulan November 2008. Kebanyakan kami dihubungi melalui telefon oleh KPTM untuk mengemas kini biodata untuk urusan penempatan. Apabila ditanya bilakah saya dan rakan-rakan akan ditempatkan, mereka menjawab dengan yakin, bulan Disember 2008.

Kali kedua, ramai yang menelefon KPTM setelah bulan Disember 2008 berlalu tanpa berita. Kami diberi janji untuk ditempatkan pada bulan Januari 2009 kerana penempatan untuk bulan Disember telah diisi oleh orang lain. Namun sehingga kini kami terus dikejutkan apabila tempat yang dijanjikan kepada kami juga diisi oleh orang lain. Seramai 420 orang yang melalui temuduga terbuka Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah lulus temuduga pada Disember 2008 dan telah melapor diri pada 15 Januari lepas.

Saya terfikir, kenapa KPTM melambat-lambatkan penempatan kami sedangkan dengan mudah menempatkan orang yang langsung tidak ditaja. Bayangkan, daripada pelajar yang ditaja KPTM, terdapat lebih kurang 500 pelajar tajaan yang akan dijadikan pensyarah tapi belum ditempatkan. Sebaliknya KPTM mencari 420 orang yang lain untuk mengisi tempat yang sepatutnya diberikan kepada kami. Dibandingkan dengan 500 pelajar yang telah ditaja selama 10 bulan pengajian sijil ikhtisas dengan 420 pelajar yang langsung tiada ikhtisas, mana yang lebih patut diberi keutamaan?

Saya minta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin, mengambil perhatian atas perkara ini kerana ia sangat menyusahkan kami. Kami menjadi mangsa keadaan, lebih-lebih lagi di kala keadaan ekonomi yang terjejas kini.

Kami masih tiada sumber kewangan dan ramai rakan-rakan terpaksa berhutang untuk membayar hutang bank dan sebagainya, ibarat menggali lubang untuk menutup lubang yang lain.

PELAJAR CEMERLANG

Mambau, Negeri Sembilan.

Utusan Online

Read more...

Orang Melayu mahu belajar yang senang-senang sahaja...

ENAM puluh tahun lalu, keluarga saya tidak membenarkan saya belajar di sekolah Inggeris melalui Special Malay Class kerana takut saya tidak boleh mengucap Dua Kalimah Syahadah bila mati nanti. Cita-cita saya untuk menjadi diplomat tidak kesampaian. Dengan kelulusan yang ada, maka jadilah saya seorang guru sekolah Melayu di pendalaman.

Selepas lima puluh tahun merdeka, fahaman yang sama disebar oleh kumpulan elit Melayu. Mereka menghalang anak-anak Melayu terus belajar bahasa Inggeris melalui Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan alasan budak-budak ini nanti tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik serta hilang jati diri.

Anehnya, orang Melayu sentiasa merasa takut. Orang Melayu takut untuk bersaing. Orang Melayu takut untuk belajar lebih sikit. Orang Melayu mahu belajar yang senang-senang. Cabaran dan saingan adalah sesuatu yang menakutkan. Jika orang Melayu tidak sanggup mendaki Gunung Kinabalu, maka didesak pemerintah buat suatu peraturan supaya menghalang semua orang mendaki gunung tersebut. Jika orang Melayu merasa susah untuk belajar dan mengguna bahasa Inggeris, maka didesak kerajaan supaya haramkan PPSMI. Pendapat mereka yang disokong oleh kepetahan berbicara serta berlatar belakang status sosio, mereka mendapat perhatian.

Siapa yang lebih mengetahui potensi sebenar anak-anak desa semasa belajar Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Guru-guru yang setiap masa bersama-sama mereka lebih mengerti keupayaan anak-anak ini. Rujuk dan tanyalah guru-guru ini. Mereka yang berada di menara tinggi yang sekali sekala menoleh ke panorama desa, barang kali silap mata memandang. Kadang-kala kita ditipu oleh mata sendiri. Kerap kali kita juga ditipu oleh emosi sendiri.

Pekedai-pekedai Cina di tempat saya boleh bertutur bahasa Melayu, Mandarin, Hokkien, sedikit-sedikit bahasa Inggeris. Bila ke estet, orang-orang India boleh bertutur bahasa Melayu, Tamil dan fasih berbahasa Inggeris. Orang Melayu hanya tahu satu bahasa. Banyak orang Melayu yang tidak mengerti bahasa al-Quran. Malah banyak juga yang tidak faham apa yang dibaca semasa solat. Keadaan ini berlaku kerana orang Melayu tidak mahu bersusah payah untuk belajar.

Dalam diri orang-orang Melayu ada elemen reject. Elemen ini menjadikan orang Melayu sangat lemah dan sangat manja. Orang Melayu akan menolak apa saja yang ada unsur cabaran atau payah. Dalam usaha mencapai kecemerlangan pelajaran, orang Melayu lebih gemar kepada soalan bocor dan soalan ramalan. Dalam bidang ekonomi, orang Melayu lebih suka pada skim cepat kaya atau dana berangkai.

Budaya 'menolak' ini menyerang semua lapisan masyarakat Melayu. Bila ada pihak menaja penentangan terhadap PPSMI maka ramailah yang akan terpengaruh. Orang-orang Melayu dicadang supaya belajar yang mudah-mudah sahaja. Subjek yang berat serta susah janganlah dicuba. maka bertambah-tambahlah lagi ketakutan mereka untuk berusaha belajar.

Semangat 'Malaysia Boleh' perlulah diterjemah kepada 'Melayu Boleh'. Dalam lain perkataan, orang-orang Melayu tidak akan mengalah dalam apa juga gelombang. Orang Melayu harus tegak berdiri bersama kaum-kaum lain di Malaysia. Jika mereka boleh menguasai pelbagai bahasa, mengapa perlu orang Melayu berundur setapak ke belakang?

Tidak perlu kita bandingkan dengan orang Jepun yang kuat berpegang kepada bahasa mereka sebabnya di negara mereka cuma ada satu bangsa sahaja.

Pakar-pakar motivasi selalu menyarankan supaya kita berfikir di luar kotak. Di pusat pengajian tinggi diajar teori serta konsep 'kecerdasan pelbagai' dan 'inovasi' adalah suatu konsep yang amat disanjung tinggi.

Tidakkah PPSMI ini suatu hasilan pemikiran di luar kotak atau suatu inovasi yang menjadi teras amalan pengurusan masa kini?

GURU MELAYU LAMA

Kulim, Kedah.

Utusan Online

Read more...

Perhimpunan di hadapan Istana Negara

Monday, February 23, 2009

JOHOR BAHRU 22 Feb. - Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMPPSMI) merancang untuk menghimpunkan 100,000 orang bagi menyertai perhimpunan raksasa membantah PPSMI di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur pada 7 Mac ini.

Naib Pengerusinya, Prof. Abdullah Hassan berkata, pihaknya bagaimanapun belum memperoleh permit untuk mengadakan perhimpunan secara aman itu yang bermula pukul 2 petang.

Justeru, kata beliau, pihaknya akan memaklumkan kepada polis untuk mendapatkan permit secepat mungkin bagi membolehkan perhimpunan yang turut disertai Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said itu diadakan.

"Tujuan kita mengadakan perhimpunan untuk membantah PPSMI yang jelas membelakangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

"Kita yakin perhimpunan ini akan berjalan secara aman, takkan pejuang bahasa seperti Datuk A. Samad Said akan melakukan demonstrasi secara ganas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir ialah A. Samad Said selaku penasihat GMPPSMI dan penulis terkenal yang juga merupakan ahli jawatankuasa GMPPSMI, Ainon Mohd.

Abdullah berkata, pelaksanaan PPSMI merugikan berjuta-juta anak Melayu yang tidak memahami bahasa Inggeris dan pendidikan mereka akan tercicir.

Katanya, langkah melaksanakan PPSMI kononnya sebagai satu 'paksaan' supaya pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris adalah tidak tepat.

"Ia sama seperti jika kita hendak anak-anak bukan berbangsa Cina menguasai bahasa Mandarin dengan memaksa mereka menggunakan bahasa itu dalam pengajaran Sains dan Matematik, tentu tak masuk akal.

"Sepatutnya mutu, kaedah dan kemahiran pengajar dalam mengajar kelas bahasa Inggeris itu ditingkatkan, terutamanya di kawasan luar bandar," katanya yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Katanya, alasan PPSMI perlu dilaksanakan kerana buku-buku rujukan di institusi pengajian tinggi (IPT) kebanyakannya dalam bahasa Inggeris juga tidak tepat malah tidak menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

"Sepatutnya usaha dilakukan bagi memperbanyakkan lagi buku rujukan dalam bahasa Melayu bukannya menghapuskan bahasa itu sebagai bahasa ilmu.

"Setelah pelbagai usaha dilakukan, pendapat pakar-pakar dari pelbagai bidang seolah-olah tidak dipedulikan, maka kita akan mengadakan perhimpunan ini kerana ia membabitkan nasib jutaan anak Melayu di negara ini," katanya.

Menurut Abdullah, kajian pakar dari seluruh dunia telah membuktikan bahawa pembelajaran Sains dan Matematik lebih mudah dikuasai jika diajar menerusi bahasa ibunda.

"Kita bimbang bahasa Inggeris pun nanti lemah dan pencapaian Sains dan Matematik anak-anak juga menurun," katanya.

Beliau turut sangsi dengan keputusan pencapaian cemerlang subjek Sains dan Matematik pelajar-pelajar di negara ini kerana sejak PPSMI dilaksanakan, kerajaan tidak pernah mengumumkan berapa sebenarnya markah lulus untuk kedua-dua subjek itu.

"Apakah markah lulus menjadi terlalu rendah kerana terlalu ramai yang mencatat markah rendah?" soalnya.

Utusan Malaysia

Read more...

PPSMI hina bahasa Melayu?

JOHOR BAHRU 22 Feb. - Pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dianggap menghina bahasa Melayu kerana tidak yakin dengan kemampuan bahasa itu untuk menguasai ilmu.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata, PPSMI direstui oleh kebanyakan ahli politik 'bermusim' dan bukannya negarawan yang mengetahui kepentingan bahasa ibunda.

"Saya menyertai Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) agak lewat juga namun tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangannya, mengapa kita meragui kemampuan bahasa sendiri?

"Perlu diingat tidak ada tamadun yang dibangunkan tanpa menggunakan bahasa ibundanya sendiri," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan perhimpunan raksaksa di Istana Negara Kuala Lumpur bagi membantah PPSMI di sini hari ini.

Perhimpunan itu akan diadakan bermula pukul 2 petang pada 7 Mac ini dan GMP menyasarkan 100,000 orang akan menyertai perhimpunan itu.

A. Samad yang juga merupakan penasihat GMP berkata, usaha membantah PPSMI telah dijalankan sejak bertahun-tahun lamanya dan bukan hanya dibangkitkan setelah enam tahun PPSMI dilaksanakan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Sejak sekian lama, kita berjuang namun mungkin orang ramai tidak nampak kerana ahli bahasa ini biasanya sopan dan sabar.

"Satu waktu dahulu, lebih daripada 60 profesor memberi pandangan menentang PPSMI namun tak didengar oleh pihak berwajib," katanya.

Sementara itu, penulis terkenal, Ainon Mohd. sependapat tentang kepentingan bahasa ibunda kepada sesebuah negara untuk mencapai kemajuan.

"Sewaktu Rom menjajah Eropah, mereka memaksa orang Eropah menggunakan bahasa Latin dan sepanjang tempoh penjajahan itu Eropah berada dalam zaman kegelapan.

"Namun setelah pemberontakan berlaku, mereka bebas daripada penjajahan, dan menggunakan bahasa mereka sendiri sehingga Eropah muncul sebagai negara maju," katanya.

Menurut beliau, kajian pakar dari seluruh dunia juga membuktikan bahawa subjek Sains dan Matematik lebih mudah dikuasai jika diajar menggunakan bahasa ibunda.

"Kita perlu melihat kembali bagaimana untuk meningkatkan lagi mutu, kaedah, pengajar dan semua aspek berkaitan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bahasa Inggeris.

"Konsep dalam Sains dan Matematik juga bukan bahasa pertuturan seharian yang membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik," katanya.

Utusan Malaysia

Read more...

PPSMI cetus kecelaruan jati diri

PENGAJARAN dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan isu baru. Banyak pihak tampil mengemukakan maklum balas, sama ada yang menyokong atau menentang. Pelbagai kritikan dan pandangan, kajian dan teori dibentang serta dibahaskan bagi mencari jalan keluar menangani permasalahan ini.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) masih tetap dengan prinsipnya bahawa PPSMI harus dimansuhkan demi kesejahteraan semua. Hal ini berdasarkan beberapa sebab meliputi aspek undang-undang, pendidikan dan faktor sosioekonomi serta citra dan kebudayaan tempatan.

PPSMI bertentangan dengan maksud dan semangat Perlembagaan yang secara terang mencabar Perkara 152, Perkara 159, Perkara 10(4), Akta Pelajaran 1996, Akta Bahasa Kebangsaan dan lain-lain yang menjamin hak dan kedudukan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan, termasuk pendidikan.

PPSMI turut menyerlahkan bukti tidak prihatin terhadap Rukun Negara yang menjadi asas 'keMalaysiaan' apabila keluhuran Perlembagaan dirobek dan kedaulatan undang-undang dipersenda.

Ideologi penjajah PPSMI menghakis keyakinan masyarakat terhadap keunggulan bahasa Melayu yang menjadi teras kewarganegaraan dan jati diri bangsa, selain perkara terpenting bagi memacu ketamadunan baru Malaysia.

Krisis keyakinan dan jati diri ini akan menjurus kita kepada kegagalan untuk melahirkan masyarakat kompetitif dan berdaya saing pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Kegagalan negara peminjam akut bahasa Inggeris khususnya di benua Afrika harus diambil iktibar. Di sisi lain, usaha murni digerakkan negara yang terkenal dengan jolokan 'the sleeping giant' iaitu China, mempelajari dan menguasai bahasa Melayu perlu diteladani.

Justeru, pandangan songsang yang berterusan mengagung-agungkan bahasa Inggeris sebagai senjata terpenting mencipta tamadun baru Malaysia bukan saja tidak masuk akal, malah pandangan golongan pendek akal.

Bagi mendepani cabaran global, kefahaman yang tepat dan mendalam terhadap makna dan isi utama sesuatu bidang ilmu itu adalah sangat dituntut.

Hasil kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) menunjukkan Malaysia mengalami penurunan mata yang signifikan berbanding 2003.

Bagi subjek Matematik, kedudukan ke-20 daripada 49 negara pada 2007 berbanding kedudukan ke-10 dari 46 negara pada 2003, sangat mendukacitakan. Dapatan yang lebih kurang sama direkodkan bagi subjek Sains.

Justeru, sewajarnya PPSMI ini segera dimansuhkan agar dapat memulihkan prestasi dan kefahaman Sains dan Matematik di kalangan pelajar khususnya penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman.

ABU QASSIM NOR AZMI,
Exco Pendidikan dan Penyelidikan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Berita Harian

Read more...

Tiada cadangan perkenal peraturan baru di sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran tidak bercadang memperkenalkan peraturan baru untuk mengekang kes disiplin pelajar, sebaliknya mahu pengetua dan guru besar mengambil tindakan tegas menangani gejala itu dengan menggerakkan kerjasama semua guru di sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata peraturan sedia ada di sekolah menetapkan lima jenis tindakan boleh diambil terhadap pelajar bermasalah disiplin, sudah cukup lengkap, kukuh serta kemas.

Katanya, lima jenis tindakan secara berperingkat itu ialah amaran lisan, amaran bertulis, merotan, gantung persekolahan, diikuti langkah terakhir melaksanakan hukuman buang sekolah bagi pelajar didapati bersalah dalam kes disiplin berat.

"Peraturan sedia ada memperuntukkan kuasa cukup besar kepada pengetua dan guru besar sehingga dibenarkan mengambil langkah buang sekolah, tetapi tindakan itu tidak diambil sewenang-wenang kerana membabitkan masa depan pelajar. Lagipun dalam peringkat pelajar sedang membesar, kita lebih memilih pendekatan kaunseling.

"Sehubungan itu, kementerian tiada cadangan memperkenalkan peraturan disiplin baru. Sebaliknya yang penting, pengetua serta guru besar mesti menggunakan kuasa mereka dengan sewajarnya dan mengambil tindakan tegas mengikut peraturan ditetapkan.

"Saya meminta semua pengetua dan guru besar memberi perhatian terhadap isu disiplin pelajar, malah menggerakkan seluruh tenaga di sekolah untuk menangani gejala ini. Guru bukan hanya berperanan mengajar kandungan mata pelajaran, tetapi juga harus melihat aspek perkembangan disiplin pelajar," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam memetik Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, sebagai berharap Kementerian Pelajaran mempercepat peraturan baru sekolah yang lebih tegas dan kini masih dalam proses kajian.

Ini berikutan kematian pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi, Muhd Hadzrin Mohamad, awal pagi kelmarin selepas seminggu koma kerana dibelasah sekumpulan remaja.

Berita Harian

Read more...

Cuepacs bakal kemuka 8 cadangan baru

KOTA BHARU: Kebajikan kakitangan awam terus diperjuangkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) termasuk lapan cadangan baru yang bakal dikemukakan kepada kerajaan.

Presidennya, Omar Osman, berkata cadangan itu akan dikemukakan selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, cadangan baru itu akan dimuktamadkan ahli kongres sempena Bengkel Penambahbaikan Gred Gaji dan Skim Perkhidmatan di Terengganu, awal Mac ini.

Menurutnya, antara cadangan yang akan dikemukakan termasuk mengkaji semula gred gaji, semakan semula formula pencen dan kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan.

“Cuepacs mahu kerajaan mengkaji semula penambahan mata gaji selaras usia persaraan yang kini dilanjut kepada 58 tahun. Ia penting bagi memastikan kualiti pekerja terus meningkat.

“Selain itu, formula pencen yang diguna pakai sekarang perlu disemak berikutan sudah menjangkau 50 tahun dan perlu diselaras semula,” katanya pada sidang media selepas bertemu ahli Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) di Gelanggang Seni di sini, semalam.

Pada majlis yang turut dihadiri Presiden MTSU Suhaimi Othman, beberapa ahli bakal bersara diraikan.

Harian Metro

Read more...

Guru cium, peluk pelajar

KUALA LUMPUR: Perumpamaan harapkan pagar, pagar makan padi mungkin sesuai bagi menggambarkan perbuatan seorang guru kaunseling yang didakwa mencabul pelajarnya sendiri di sebuah sekolah menengah di Cheras di sini.

Guru terbabit dikatakan sering mengambil kesempatan terhadap pelajarnya itu ketika di dalam pejabat guru berkenaan menyebabkan mangsa yang berusia 15 tahun yang tidak tahan dengan perangai jijik itu membuat laporan polis.

Walaupun kejadian itu berlaku November tahun lalu, pelajar perempuan itu baru menyedari yang perbuatan dilakukan bekas gurunya satu kesalahan apabila dia bercerita peristiwa hitam itu kepada rakannya yang juga seorang pengawas di sekolah itu.

Rakannya itu membawanya berjumpa dengan guru disiplin dan dia yakin tindakan jahat guru berkenaan dan membuat laporan polis pada Jumaat lalu.

Menurut sumber, pada awal November tahun lalu pelajar itu mendakwa dipanggil oleh guru kaunseling berkenaan ke pejabatnya selepas sesi persekolahan tamat.

“Mangsa yang tidak tahu tujuan dipanggil guru berkenaan itu terkejut apabila guru terbabit mula bertanya hal peribadinya sebelum mendekatinya dan memegang tangannya.

“Guru berkenaan memeluk mangsa dan mencium dengan ghairah,” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, mangsa yang ketakutan menolak lelaki itu serta merayu supaya melepaskannya.

Katanya, mangsa lega apabila guru itu tidak membuat perkara lebih teruk.

“Namun, pelajar perempuan itu mendakwa guru berkenaan datang ke kelasnya keesokannya dan menyuruhnya pergi bilik kaunseling sekali lagi.

“Mangsa yang khuatir dengan kejadian dicium dan dipeluk lelaki itu membawa rakannya bersama ke bilik berkenaan,” katanya.

Menurutnya, namun guru terbabit memarahinya kerana membawa rakan sebelum menyuruhnya kembali ke kelas dan menegaskan yang mahu berjumpanya saja.

Harian Metro

P/S: Kalau betul, menjatuhkah maruah bidang pendidikan aje... tindakan tegas perlu di ambil jika terbukti benar.

Read more...

Tubuh jawatankuasa khas siasat kes

ALOR STAR: Kementerian Pelajaran sudah menubuhkan jawatan kuasa khas bagi menyiasat kes seorang pelajar yang meninggal dunia awal pagi kelmarin selepas seminggu koma akibat dibelasah sekumpulan remaja dipercayai pelajar sekolah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sudah mengarahkan Timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong menubuhkan jawatan kuasa khas untuk menyiasat kes itu.

“Kementerian ini memandang serius dan akan menyiasat punca sebenar kejadian itu melalui Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid.

Dalam hal membabitkan disiplin pelajar, kita tidak akan berkompromi. Saya sedih dan marah apabila kes seperti ini berlaku.

“Bagi aspek keselamatan infrastruktur sekolah ia memang dalam tanggungjawab kementerian, tetapi soal sikap dan tingkah laku pelajar di luar sekolah sukar hendak dikawal.

“Kita ada 5 juta pelajar di lebih 10,000 sekolah dan 385,000 guru yang kementerian tidak mampu mengawasi mereka bersendirian,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Umno Bahagian, di sini semalam.

Mohd Hadzrin, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi kelmarin selepas seminggu koma akibat dibelasah sekumpulan remaja dipercayai juga pelajar sekolah.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Mohd Hadzrin bersama beberapa rakannya menunggu di depan sekolah itu untuk menyelesaikan masalah dengan seorang remaja lelaki yang dikatakan keluar bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, mangsa dan rakannya terkejut apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal sebelum dibelasah menggunakan besi, topi keledar dan pengunci motosikal.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUKM dan serangan itu menyebabkan dia koma selepas pembedahan dilakukan.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, berkata pergerakan itu akan memilih ketuanya di peringkat negeri selepas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini, supaya tumpuan dapat menjurus kepada usaha membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, perkara itu sudah dipersetujui ketiga-tiga calon yang bertanding jawatan Ketua Pemuda, iaitu Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Mohd Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dalam satu mesyuarat baru-baru ini.

Harian Metro

Read more...

'Tak kompromi kes pelajar samseng'

Sunday, February 22, 2009

Kematian Muhd Hadzrin akan disiasat sehingga ke lubang cacing: Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran tidak akan berkompromi dengan gejala samseng di kalangan pelajar dan akan bekerjasama penuh dengan polis berhubung kes pembunuhan Muhd Hadzrin Mohamad.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid sudah diarah menyiasat kes ini bagi mengenal pasti pihak yang membelasah mangsa hingga maut.

"Saya sedih dan marah terhadap kejadian yang berlaku terhadap Mohd Hadzrin. Saya tidak akan berkompromi dalam isu seperti ini.

"Jawatankuasa terbabit dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) akan menyiasat perkara ini sehingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini semalam.

Mohd Hadzrin, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi semalam, selepas seminggu koma akibat dibelasah sekumpulan remaja dipercayai juga pelajar sekolah.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, mencadangkan Kanun keseksaan diajar kepada pelajar supaya mereka mengetahui kesan dan akibat setiap kesalahan dilakukan.

"Sebagai contoh, jika mereka memukul orang, apakah hukumannya, begitu juga kesalahan lain.

"Dengan cara ini, mereka akan takut melakukan kesalahan kerana tidak mahu dihukum penjara," katanya.

Beliau juga berharap Kementerian Pelajaran akan mempercepatkan peraturan sekolah baru yang kini masih dalam proses kajian.

Katanya, beliau difahamkan, peraturan baru itu lebih tegas dan kerana itu ia perlu disegerakan.

Beliau berkata, masalah disiplin pelajar yang semakin membimbangkan kini berlaku disebabkan pengaruh internet, televisyen dan wayang gambar.

Berita Harian Online

P/S: Harap Menteri Pelajaran akan kotakan janjinya. Kita perlukan tindakan drastik untuk mendisiplinkan generasi muda terutamanya pelajar sekolah, kalau tidak akan rosak binasa nilai moral di kalangan muda mudi akan datang.

Read more...

Guru dipilih juara Rumah Idaman

KUALA LUMPUR: Seorang guru, Maizatul Arzia Omar, 35, dari Putrajaya membawa pulang hadiah bernilai kira-kira RM34,000 termasuk wang tunai RM8,000 apabila terpilih menjuarai Pertandingan Rumah Idaman Berita Minggu 2008, di Balai Berita, di sini semalam.

Konsep neo Nusantara diketengahkan beliau menawan hati juri sehingga terpilih sebagai juara utama selain memenangi tempat pertama kategori teres.

Sebagai pemenang utama, beliau menerima hadiah bernilai RM19,500 termasuk wang tunai RM5,000, TV plasma 50 inci ECE bernilai RM7,500, set sofa Fella Design dan produk cat ICI Paints (ICI) bernilai RM2,000.

Bagi kategori teres, Maizatul Arzia turut menerima wang tunai RM3,000, set sofa Fella Design, TV plasma ECE 42 inci bernilai RM4,500 dan produk cat ICI RM1,500.

Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mustapa Omar.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ICI, Goh Cheok Weng; Pengarah Pemasaran Fella Design, Yu Kong Chin; Pengarah Eksekutif ECE, Zamri Zainal; Pengarang Eksekutif Berita, BHSB, Mahfar Ali dan Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail.

Berita Harian Online

Read more...

PPSMI: Timbang semua sudut

Mukkadimah:
PROGRAM Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mula diperkenalkan pada 2003. Sepanjang tempoh enam tahun pelaksanaannya, pelbagai reaksi serta maklum balas diterima Kementerian Pelajaran. Ada yang bersetuju tidak kurang juga yang meminta PPSMI dikaji semula dan diberi penambahbaikan.

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) misalnya menganjurkan siri demonstrasi aman untuk menunjukkan bantahan terhadap penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik. GMP juga ke Parlimen memohon pertimbangan kerajaan dan sokongan wakil rakyat supaya pelaksanaan PPSMI dimansuhkan.

Hujah utama mereka ialah PPSMI telah mengakibatkan beratus ribu pelajar terutama di sekolah-sekolah luar bandar menghadapi masalah untuk menguasai pelajaran.

GMP juga khuatir bahasa ibunda yang yang mahu dijadikan bahasa ilmu gagal mencapai matlamat. Wartawan Mingguan Malaysia NORAINI ABD. RAZAK dan HAFIZAHRIL HAMID bersama jurugambar SHAIFUDIN MOHD. NOR menemui Menteri Pelajaran, DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai isu tersebut.

---------------------------------

MINGGUAN: Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) telah ke Parlimen Selasa lepas dan mereka mahu terus dengan rancangan untuk membawa perkara ini ke istana. Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

HISHAMMUDDIN: Saya memahami dan berkongsi keresahan mereka yang mempunyai pandangan berbeza dalam perkara ini dan saya yakin semuanya ini berasaskan kepada keinginan yang ikhlas dan jujur untuk melihat masa depan anak-anak kita terus cemerlang.

Namun begitu, ingin saya perjelaskan bahawa dasar PPSMI ini telah digubal dan dilaksanakan sejak pada tahun 2003 lagi. Bermakna ia telah pun dilaksanakan selama enam tahun. Saya telah umumkan dahulu bahawa kajian menyeluruh bagi keberkesanan dasar ini akan dilakukan selepas cohort yang pertama, di mana pelajar kita telahpun menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu pada tahun 2008 yang lalu.

Sebagai memenuhi janji tersebut, kementerian telah menjalankan kajian secara terperinci bagi menilai keberkesanan pelaksanaan dasar ini dengan melibatkan semua pihak berkepentingan sejak September tahun lalu.

Dalam hal ini, banyak aspek perlu dilihat dan diambilkira. Ia meliputi aspek kurikulum, kesediaan guru dan murid, penilaian program, kos pelaksanaan seta kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada keupayaan negara untuk terus bersaing di peringkat global.

Seperti yang saya nyatakan tadi, perjalanan PPSMI ini diikuti secara dekat pelbagai pihak untuk menilai tahap pencapaiannya, cuma yang menjadi tanda tanya mengapa hanya selepas enam tahun, ada pihak membuat laporan polis serta mendakwa langkah kementerian ini melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996, termasuk yang terbaru, merancang untuk membawa perkara ini ke istana.

Tindakan GMP ini menggambarkan bahawa mereka menuntut perubahan segera dalam perkara ini. Apakah ini wajar dilakukan?

HISHAMMUDDIN: Pertama, saya tidak nampak kewajarannya. Ia tidak praktikal kerana sekiranya Kerajaan membuat keputusan hari ini pun, apa jua perubahannya hanya dapat dilaksanakan pada awal tahun 2010. Pelbagai perkara dan perkakasan perlu disediakan terlebih dahulu termasuk percetakan buku teks yang baru, guru-guru perlu dilatih semula, penyediaan bahan pembelajaran seperti notebook, LCD, projektor dan seumpamanya bersandarkan kepada pendekatan yang baru itu.

Keduanya, perkara ini adalah amat penting dan melibatkan masa depan anak-anak kita. Tidak ada jalan singkat dan mudah. Dengan perkembangan semasa, umum mungkin melihat hampir kesemua pihak menentang pelaksanaan PPSMI hanya kerana suara dan kumpulan ini mendapat liputan luas media massa melalui kempen dan program yang dilaksanakan. Itulah gambaran yang terbentuk apatah lagi sebahagian NGO yang berteraskan kaum Melayu, dan Cina begitu lantang menyatakan penentangan mereka dan menyokong agar bahasa Melayu dan bahasa ibunda digunakan kembali.

Sebagai menteri, saya boleh pilih jalan mudah dan singkat dengan membuat keputusan yang selari dengan pandangan itu, apatah lagi program ini diperkenalkan bukan semasa kepimpinan saya di Kementerian Pelajaran.

Saya juga boleh mendapat populariti dengan cara yang mudah dan jalan yang singkat. Tetapi adakah itu satu tindakan yang bertanggungjawab. Saya tidak akan sesekali berbuat demikian. Hakikatnya, kementerian perlu mendengar pandangan semua pihak terlebih dahulu.

Umum mungkin tidak mengetahui di sebalik suara tentangan itu, sebenarnya banyak pihak yang tampil dengan pandangan dan kajian mereka meminta agar PPSMI diteruskan. Malah saya mendapat maklumat bahawa pendirian sebuah NGO melayu berhubung PPSMI ini, terpaksa diputuskan melalui undian. Sungguhpun majoriti ahli menentang, namun perbezaan undi itu amat sedikit. Ini menunjukkan wujud kepelbagaian pandangan mengenai PPSMI ini.

Maka kita mestilah betul-betul yakin sebelum membuat keputusan dan keyakinan itu akan lahir melalui penelitian dan analisis yang menyeluruh. Kita perlu berhati-hati. Ini bukan soal untuk mencari populariti atau sengaja berdegil tetapi ini adalah tanggungjawab. Saya sebagai menteri yang diamanahkan, tidak akan lari daripada memikul tugas dan tanggungjawab ini untuk merangka satu keputusan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Read more...

Schools should look to the future, not past

Friday, February 20, 2009

I’M encouraged to note that many schools are now more aware and have come forward to update the public of their schools’ history and how they too deserve the heritage status.

But the strategy adopted by the Parent-Teacher Association (PIBG) of VI was more to jump start the school system to deliver its tradition of excellence rather than the heritage do, the celebration of the school’s 100-year-old band or the return of its old name.

As VI’s PIBG chairman, I would like to challenge all parents, teachers and students in Malaysia to play a more active role in their respective schools. The idea is to motivate for a change to inculcate a “PIBG baru” spirit in the interest of our children.

All schools receive about the same allocation from the Education Ministry. How we plan to spend that money will determine the success of the school.

Getting heritage status and having a school band that is 100 years old are only a part of the first phase of recognition. The bigger challenge is: what’s next after this? What is the next 100-year plan? Are we happy with the current achievement?

We are at a crossroads. We are happy about our past achievements but do we have the right formula to move on for another 100 years? Is the PIBG active enough or is it just glorifying history?

I want to throw a challenge here. It is good that we know of our school history but as parents and alumnus, do we know what is really happening in our schools nowadays?

RAS,

Chairman, PIBG VI.

The Star

Read more...

Kedaulatan bahasa Melayu tidak tercemar

KEMELUT isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mula sampai ke kemuncak. Laporan polis oleh pihak GAPENA merupakan manifestasi penentangan jitu pihak tertentu yang pada mereka sebagai mendaulatkan bahasa Melayu. Justeru saya ingin sekali menzahirkan pendapat berdasarkan pengalaman melalui liku-liku pembelajaran hinggalah ke zaman bekerja di sektor swasta.

Saya seperti kebanyakan orang lain menghabiskan pengajian peringkat rendah dan menengah selama 11 tahun. Berbekalkan kebolehan berbahasa Inggeris yang setakat cukup makan di peringkat SPM, saya menjejakkan kaki ke Kolej Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur (kini Universiti Tunku Abdul Rahman).

Di sana, saya merasai suasana agak terasing kerana rata-rata penuntut pelbagai kursus peringkat pra-universiti dan diploma agak fasih berbahasa Inggeris. Rasa kekok dan rendah diri yang teramat bila merasakan diri yang lemah dalam penguasaan bahasa berkenaan. Mulalah perasaan kesal menyelubungi diri akibat tidak mempedulikan pembelajaran bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Tamat pengajian pra-universiti, saya meneruskan pengajian ke Institut Teknologi Mara ITM (kini UiTM) di bidang Pengurusan Perniagaan. Kekok lagi saya bila mendapati kebanyakan buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris. Terpaksa saya bertemankan kamus setiap kali melakukan ulang kaji dan rujukan. Hinggakan satu muka surat dihabiskan selama hampir setengah jam dibantu rujukan kamus.

Melangkah pula saya ke alam pekerjaan di bidang perhotelan di Bahagian Kewangan. Sebagai sebuah hotel bertaraf lima bintang, sudah tentu bahasa pengantar surat menyurat dan sistem transaksi urusan luar dalam bahasa Inggeris. Apatah lagi sektor pelancongan yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong luar negeri. Walaupun tahap kebolehan penguasaan bahasa tersebut telah saya tingkatkan namun alam pekerjaan memerlukan lebih daripada apa yang saya kuasai. Alangkah baiknya kalau saya menguasai dengan baik bahasa berkenaan, pastinya berpeluang besarlah saya dalam kenaikan pangkat. Rasa rendah diri datang lagi bila mengukur kebolehan sendiri dengan pekerja bukan Melayu.

Pernah suatu masa saya ditugaskan oleh pihak pengurusan untuk mendapatkan seramai 300 orang pekerja baru di Negeri Kedah dan Perlis. Hasil program temuduga di beberapa tempat strategik, saya mendapati 95% tenaga kerja berbangsa Melayu gagal menguasai bahasa Inggeris. Maka ditempatkanlah mereka di bahagian-bahagian yang kurang komitmen bahasa Inggeris.

Namun, sebilangan pekerja bukan Melayu kebanyakannya menguasai bahasa berkenaan lalu ditempatkan di bahagian hadapan (Front Office), Chief Cashier atau di pejabat pentadbiran.

Jawatan yang baik bermakna kemudahan yang baik selain tahap gaji yang baik apatah lagi peluang kenaikan pangkat yang lebih fleksibel.

Lima tahun di bidang perhotelan beralih pula saya bekerja di bidang perindustrian. Senario sama saya lalui. Kebolehan berkomunikasi amat diperlukan. Tambahan pula peringkat pengurusan tertinggi adalah rakyat asing. Selama 12 tahun bekerja di sektor swasta, saya mendapati penguasaan bahasa Inggeris adalah kunci kejayaan membina profesion.

Sekiranya sistem PPSMI dilaksanakan sewaktu saya di peringkat sekolah rendah dahulu, pastinya saya tidak bermasalah dalam melalui cabaran yang telah saya luahkan di atas. Setidak-tidaknya saya tidak janggal berhadapan dengan terma-terma atau perkataan-perkataan yang asing jika didedahkan pada zaman sekolah rendah lagi.

Begitulah senario kesukaran tenaga kerja Melayu dalam menyaingi pekerja bukan Melayu dari sudut kebolehan komunikasi bahasa Inggeris. Justeru saya optimis sekali agar sesuatu perlu dilakukan agar generasi tenaga kerja mampu bersaing dan tinggi dari segi kualiti kerja dalam berkomunikasi.

Satu cara ialah penekanan kebolehan bermula di peringkat sekolah rendah agar dapat dikembangkan ke peringkat menengah, seterusnya mengaplikasinya di universiti dan menyerlahkan keyakinan serta kecemerlangan dalam profesion.

Kepada pencinta bahasa, fahamilah bahawa kedaulatan Bahasa Melayu tidak semestinya terjamin tanpa penguasaan bahasa lain, terutama bahasa antarabangsa berkenaan. Juga tidak akan tercemar daulatnya bahasa Melayu sekadar dua mata pelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dalam bahasa Inggeris sedangkan menjawab soalan peperiksaan secara dwi bahasa. Hakikatnya individu berbangsa Melayu lebih berimej profesional dengan penguasaan bahasa Inggeris tanpa menidakkan kedaulatan bahasa Melayu.

ZULTAHAYON

Yan, Kedah

Utusan Online

Read more...

Tambah sekolah asrama penuh

Agak menghairankan apabila daripada lebih 40,000 pelajar yang telah mencapai sasaran 5A di dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini, hanya 6,000 kekosongan disediakan untuk mereka bagi ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) di seluruh negara.

Baki 34,000 lagi calon yang telah bertungkus-lumus belajar untuk mendapat 5A, dan telah berpenat-lelah ke sana ke mari memenuhi tuntutan aktiviti luar darjah yang diwajibkan selama lebih lima tahun, akan melopong. Realiti hidup yang pertama baru sahaja mereka tempuhi, "Berjaya mencapai sasaran bukanlah segala-galanya".

Bagi mereka yang faham tidak mengapa. Namun kepada mereka yang mudah terasa semangat kental yang telah dipupuk sekian lama mungkin akan pudar sedikit demi sedikit. Buat apa berhempas-pulas jika hasilnya nanti masih sama?

Pelbagai cara telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan hanya pelajar yang benar-benar layak terpilih untuk ke SBP yang sejak sekian lama dianggap berprestij.

Namun, walau bagaimana ketat pun peraturan dan saringannya, jumlah kekosongan masih tetap sama sedangkan saban tahun jumlah pelajar yang hebat-hebat dan layak semakin ramai. Peraturan kemasukan yang penuh ranjau ini adakalanya tidak begitu membantu, bahkan mungkin boleh memberi ruang pula kepada mereka yang berkepentingan untuk melakukan aktiviti lobi yang tidak sihat dan tidak adil.

Peluang untuk memasuki sekolah tersohor memang amat payah. Tidak cukup dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, ia mesti disertakan pula dengan bukti-bukti kehandalan calon bersukan dan berpersatuan.

Apa lebihnya SBP ini? SBP sebenarnya sama sahaja dengan sekolah sekolah biasa. Yang ketara berbeza hanya dua. Pertama, pelajar tidak hanya belajar, mereka tinggal di sekolah dan tertakluk kepada peraturan-peraturan sekolah 24 jam sehari. Kedua dan paling penting adalah pelajarnya. Semua pelajar telah terbukti cemerlang dan mesti terus sentiasa cemerlang. Di samping kecemerlangan belajar, pelajar ini semuanya memiliki kecerdasan fizikal, mental dan spiritual yang boleh dibuktikan. Yang tidak tahan dan tidak cukup kuat akan ditendang keluar.

Namun sebagai seorang bekas pelajar SBP, saya akan tambah satu lagi kelebihan yang memberikannya identiti serta tarikan tersendiri. SBP telah berjaya membentuk diri saya menjadi insan yang sangat peka dengan alam sekelingnya.

Kepekaan ini berhasil pula menganjak diri saya untuk menjadi lebih baik, lebih lasak, lebih menyeluruh dan lebih berdikari.

SBP tidak menjanjikan seseorang lebih pandai, lebih kaya atau lebih alim. SBP membantu melahirkan pelajar yang faham erti menjadi rakyat Malaysia yang bertuah dan bertanggungjawab. Inilah mutiara berharga yang dicari-cari oleh Malaysia dan pada hari ini mutiara ini sangat kurang sekali bilangannya. Manakan tidak jika cuma enam ribu sahaja mutiara yang boleh digilap setiap tahun.

Saya langsung tidak faham kenapa di kala penduduk negara ini bertambah saban tahun, di kala pelajarnya lebih berkualiti dan lebih handal, dan di kala taraf hidup rakyatnya jauh lebih maju daripada 20 tahun yang lalu, bilangan SBP masih di takuk lama? Mengapa mesti dibiarkan pelajar dan ibubapa mereka yang telah berjaya berusaha ini dikecewakan? Bilangan SBP yang berkualiti mesti ditambah dengan banyak di dalam masa terdekat ini untuk setidak-tidaknya memberi tempat kepada 75% pelajar-pelajar yang telah terbukti cemerlang.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan yang terbaik, dan saya berharap mereka akan terus memberikan sumbangan yang lebih baik di masa hadapan demi menjamin masa depan rakyat Malaysia yang lebih gemilang.

RIZAL

Puchong, Selangor

Utusan Online

Read more...

Wajib Baca 2: Pelajar ‘bom’ kereta guru

ALOR STAR: Ketegasan seorang guru disiplin di sebuah sekolah di Ayer Hitam, dekat sini, mendisiplinkan pelajar bermasalah dibalas dengan kenderaan miliknya dilontarkan bom petrol, malam kelmarin.

Bom petrol itu dilontarkan pada kereta guru berkenaan sebagai amaran berikutan tindakannya merotan pelajar yang melanggar peraturan ketika sesi persekolahan.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, guru terbabit sedang menonton televisyen bersama keluarga di rumahnya di Kampung Teluk Tui, Jerlun, dekat sini, sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di hadapan rumah.

Menurut sumber, guru berusia 40-an itu meluru keluar dari rumahnya sebelum melihat Proton Wiranya disambar api pada tayar belakang di bahagian kiri.

“Mangsa terkejut dengan kejadian itu dan tergamam seketika sebaik melihat api menyambar kenderaannya.

“Bagaimanapun, jeritan isterinya yang menyusul di belakangnya beberapa minit kemudian kembali menyedarkannya.

“Dia segera mengambil sebaldi air dan memadamkan kebakaran itu,” katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, guru terbabit sempat mendengar bunyi motosikal memecut meninggalkan rumahnya sejurus mendengar letupan itu, namun tidak dapat mengecam sesiapa atau nombor platnya kerana keadaan terlalu gelap.

“Mungkin perbuatan itu dilakukan pelajar yang tidak berpuas hati dengan tindakannya merotan mereka yang bermasalah.

“Malah, ketegasannya dalam mendisiplinkan pelajar juga disalahertikan pelajar yang berfikiran negatif,” katanya.

Guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

“Siasatan sudah dimulakan sebaik kita menerima laporan dan kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Read more...

Mesti Baca: Bakar kereta baru guru

Thursday, February 19, 2009


SEGAMAT: Teguran keras terhadap seorang pelajar tingkatan lima gagal menyiapkan carta perdagangan membawa kepada pengalaman menakutkan kepada seorang guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bentara Dalam dekat sini.

Ini berikutan keretanya baru beberapa bulan dibeli dipercayai cuba dibakar kira-kira jam 9 pagi semalam.

Perbuatan itu dikatakan angkara pelajar terbabit selepas beberapa pelajar lain melihat dia berlari dalam keadaan mencurigakan berhampiran kereta guru berkenaan, tidak lama sebelum kebakaran pada tayar belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu.

Dua pelajar yang kebetulan melalui tempat meletak kenderaan berhadapan koperasi sekolah itu memaklumkan kejadian berkenaan kepada mangsa, Haniza Rohhani, 37, lalu berjaya mengelak kebakaran lebih serius.

Difahamkan, kejadian itu yang paling buruk membabitkan kenderaan dirosakkan pelajar sekolah itu selepas tiga kes lain iaitu kereta disembur cat, pelapik tempat duduk motosikal dikoyak dan kereta dicalar sejak sesi persekolahan tahun ini.

Haniza ketika dihubungi, berkata dia berada dalam koperasi sekolah ketika dimaklumkan pelajar bahawa tayar keretanya terbakar.

Apabila keluar, dia melihat api marak membakar tayar belakang kenderaannya.

Tindakan pantasnya dengan dibantu seorang lagi guru dan dua pelajar berjaya memadamkan kebakaran itu sebelum merebak ke bahagian lain serta sebuah lagi kereta bersebelahan.

“Badan saya menggigil kerana terkejut apabila melihat asap hitam berkepul-kepul kesan api yang mula membakar tayar tapi dengan pertolongan seorang lagi rakan dan dua pelajar yang mengangkut air berjaya memadamkan kebakaran itu.

“Jika terlewat atau kebakaran itu tidak disedari, mungkin kenderaan saya hangus bersama sebuah lagi kereta guru bersebelahan,” katanya.

Menurutnya, dia turut dimaklumkan mekanik tayar kenderaannya dicurah dengan petrol untuk memulakan pembakaran selepas menghantarnya ke kedai tayar.

“Saya tak menyangka menjadi mangsa kemarahan pelajar sendiri berikutan saya bukan guru disiplin atau guru yang garang yang boleh menyebabkan dia berdendam hingga sanggup membakar kereta,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada tindakannya menegur seorang pelajar tingkatan lima yang tidak menyiapkan carta bagi mata pelajaran perdagangan diajarnya.

Katanya, seorang pelajar lain turut melihat suspek yang berlari dalam keadaan mencurigakan berhampiran keretanya sejurus sebelum kebakaran itu berlaku.

Mangsa membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Ali, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Read more...

Angkara geng sekolah


KUALA LUMPUR: Berebut seorang gadis dipercayai menjadi punca sekumpulan 24 remaja membelasah seorang pelajar tingkatan empat sehingga koma berhampiran sebuah sekolah menengah di Cheras.

Mangsa, Mohd Azlin Mohamad, 16, cedera teruk di belakang kepala apabila lima lelaki daripada kumpulan itu disyaki memukulnya dengan besi, topi keledar dan pengunci motosikal selain menendang tanpa belas kasihan.

Kumpulan lelaki itu, termasuk beberapa pelajar sekolah itu melarikan diri meninggalkan mangsa berlumuran darah di tempat kejadian.

Dalam kejadian jam 9.30 malam Jumaat lalu, Azlin bersama beberapa rakannya menunggu di depan sekolah berkenaan untuk menyelesaikan masalah dengan seorang remaja lelaki yang dikatakan keluar bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, mangsa dan rakannya terkejut apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal.

Mangsa lalu dibelasah menggunakan besi, topi keledar dan pengunci motosikal.

Rakan mangsa berusia 18 tahun yang enggan dikenali berkata, kejadian terlalu pantas menyebabkan mereka tidak dapat lari.

“Remaja lelaki terbabit yang kononnya mahu berbincang dengan baik, sebaliknya membawa ramai rakannya untuk membelasah Azlin.

“Kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba menyerang kami tanpa ada perbincangan seperti dirancang sebelum ini.

“Saya tak sempat berbuat apa-apa untuk menghalang serangan mereka. Saya bagaimanapun dapat menyelamatkan Azlin daripada dibelasah lebih teruk,” katanya.

Dia turut dibelasah hingga terpaksa menerima tiga jahitan di kepala.

Menurutnya, mangsa ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Azlin dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Serangan itu menyebabkan dia koma selepas pembedahan dilakukan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi berkata polis sudah mengenal pasti dua individu daripada kumpulan lelaki itu berdasarkan soal siasat dijalankan.

“Polis sedang memburu mereka yang sedang bersembunyi,” katanya yang turut menyebut sudah mengambil keterangan saksi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perebutan seorang remaja perempuan antara mangsa dan seorang suspek.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Harian Metro

Read more...

Ills of society take root in school

I CANNOT agree more that what we see in society is reflective of what is taught and caught in schools. After all, who do we have in schools?

The impressional young minds seeking models to emulate, consciously and unconsciously. That is why the people whom we place in schools must be people of the highest calibre in terms of morals, ethics and spirituality.

Academic qualifications are important but they must not supersede the urgent and crucial need for good models. Excellence in education is not about filling a pail with knowledge but igniting a fire of inspiration. How can one inspire if one is not even committed to doing what is right? What can we inspire if all that we work for is in terms of dollars and cents?

The ills of society have their roots in the conduct in schools. One of our top leaders once said: “In Malaysia, we have first world infrastructure but third world mentality.” He went on to say that our public toilets today are filthy and people are prepared to tolerate it because they grew up with dirty toilets in schools. We thank him for saying that because right after that, there was a great scramble to have cleaner and better toilets in schools.

That should not be the end. More needs to be inculcated in schools, the utmost and the urgent is racial harmony and Malaysian oneness. There should not be segregation based on race or religion in schools. This is crucial for the survival of Malaysia.

We need to renew and regenerate the excellence of love and trust for one another. The beauty of oneness should be entrenched in the community life of students of today.

Too much of greed and selfishness is being espoused in the everyday living of our young ones in schools and the greater ills of hatred will become evident if schools do not have the moral purpose to educate our young.

Hence, the appeal today is to have the right people in schools. If these educationists are ill-prepared at the moment, the training and leadership by example towards this end must be accelerated to save this beautiful nation of ours.

TENG,
Batu Pahat.

The Star

Read more...

Pengalaman ke SK Kampung Senta, Bidor

PADA 10 Februari 2009 lalu, saya menghantar menantu saya melapor diri sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Senta, Bidor, Perak iaitu sebuah perkampungan Orang Asli, yang jarak jauhnya dari pekan Bidor lebih kurang 12 kilometer. Suaminya bertugas sebagai guru di daerah Selama, Perak.

Apa yang hendak saya katakan ialah keadaan jalan yang amat teruk untuk sampai ke sekolah itu. Dari pekan Bidor ke persimpangan kampung sejauh 7 kilometer laluan melalui jalan tar, dari persimpangan ini ke Ladang Felcra sejauh 3 km, jalan laluan balak dengan keadaan berlopak-lopak, meredah aliran air dan batu-batu sungai yang berukuran agak besar.

Selepas Ladang Felcra masuk ke Kampung Senta sejauh 2 kilometer melalui jalan yang diturap tar terus ke sekolah. Perjalanan ke sekolah dan sebaliknya terdedah kepada keselamatan yang tidak terjamin.

Pengalaman yang sama juga sempat saya kongsi dengan guru-guru dan kakitangan sekolah seramai 12 orang (6 orang guru lelaki, 5 orang guru wanita dan 1 orang kerani). Mereka tinggal menyewa rumah di luar sama ada di pekan Bidor, Tapah atau Sungkai dan berulang-alik ke sekolah dengan bermotosikal, termasuk tiga orang guru dari Orang Asli sendiri.

Menaiki kereta di jalan ini adalah tidak sesuai dengan keadaan jalan yang tidak rata. Malangnya, menantu saya tidak pandai menaiki motosikal, maka terpaksa menggunakan kereta. Jika berlaku hujan, jalan tidak boleh dilalui dan terpaksa menunggu sehingga air surut. Bermakna sesi pengajaran tertunda atau tertinggal.

Dari raut muka guru-guru tersebut dapat difahami bahawa mereka reda dan amat telus bertugas di situ yang terpaksa menghadapi pelbagai kesusahan dan masalah. Keadaan fizikal bangunan sekolah dan kawasan sekitar adalah baik, boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain yang seumpamanya.

Walaupun saya tidak ada kaitan dengan pembangunan di kampung tersebut, saya amat bersimpati dengan apa yang dihadapi oleh penduduk setempat dan kakitangan kerajaan yang bertugas.

Semua berharap pihak-pihak yang berwajib iaitu Menteri Pelajaran, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Besar, Wakil Rakyat, Jabatan Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Felcra, JKKK dan lain-lain dapat memberi perhatian dan disegerakan membina jalan tar masuk ke Kampung Senta.

Atas perhatian amatlah dihargai.

BAPA GURU KPLI

Selama, Perak

Utusan Online

Read more...

Gapena keterlaluan ambil tindakan undang-undang

Wednesday, February 18, 2009

SETELAH beberapa ketika menyoroti polemik Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), saya rasa terpanggil untuk meluahkan pandangan peribadi saya.

Saya bukanlah penentang bahasa Melayu, malah saya amat menyanjungi bahasa Melayu. Bagi saya bahasa melambangkan bangsa. Dalam kita mengharungi dunia kini, ditambah lagi dengan hambatan teknologi komunikasi dan maklumat, tidak dapat tidak kita perlu berpijak di bumi nyata.

Penggunaan Internet misalnya telah mengubah rentak kehidupan kita, tidak kira tua atau muda termasuk para pelajar sekolah. Kebanyakan laman sesawang adalah di dalam bahasa Inggeris.

Pendedahan awal kepada bahasa Inggeris mungkin akan mempercepatkan lagi penguasaan dan anak-anak kita untuk mengadaptasi teknologi dan percambahan ilmu supaya tidaklah mereka terkial-kial di kemudian hari.

Justeru, saya rasakan tindakan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pelajaran berhubung PPSMI adalah agak keterlaluan dan terburu-buru.

Seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Pelajaran beberapa bulan yang lalu, sepatutnya isu ini dibincangkan terlebih dahulu kerana paling cepat pun pelaksanaan untuk mengubah kembali silibus atau modul pelajaran dua subjek berkenaan hanyalah pada sesi persekolahan 2010.

Masih banyak lagi masa yang ada untuk Gapena dan lain-lain NGO duduk semeja dan membincangkan pro dan kontranya pelaksanaan PPSMI ini bersama-sama Kementerian Pelajaran.

Saya rasa kegusaran Gapena ini seakan-akan serupa dengan kegusaran segelintir pejuang pendidikan Cina yang menentang pelaksanaan bahasa pengantar berbahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan dan pelaksanaan sekolah dengan satu bahasa pengantar.

Juga gusar jika generasi muda tidak menguasai bahasa ibunda. Walaupun isunya di sini tidak sama, tapi kegusarannya adalah serupa.

Pada hemat saya, setakat mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak akan memusnahkan atau mengurangkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah, malah memantapkan lagi para pelajar kita.

Dalam hal ini, kebanyakan daripada kita perlu berfikiran dinamik selari dengan keperluan semasa.

NAJIBUDIN
Alor Setar, Kedah

Utusan Online

Read more...

Keputusan muktamad PPSMI sebelum akhir tahun

KEMENTERIAN Pelajaran akan membentangkan hasil kajian hala tuju pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kepada Kabinet sebelum akhir tahun ini, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, penyediaan analisis menyeluruh dan kertas cadangan itu kini berada pada peringkat akhir kajian dan akan dibentangkan untuk mendapatkan keputusan muktamad.

"Sehubungan itu, kementerian bertanggungjawab mencadangkan kepada Jemaah Menteri untuk memutuskan cadangan terbaik demi masa depan generasi muda negara," katanya menjawab soalan Datuk Kamaruddin Jaafar (Pas-Tumpat) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Kamaruddin dalam soalannya ingin tahu sama ada kementerian mengambil kira pandangan dan desakan badan bukan kerajaaan (NGO) supaya menarik balik dasar PPSMI.

Hishammuddin berkata, apa juga keputusan yang akan diumumkan nanti akan mengambil kira empat perkara, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan terus dimartabatkan, penguasaan bahasa Inggeris diperkasakan, kompentensi guru mengajar Sains dan Matematik diutamakan dan pencapaian murid dipertingkatkan.

Dalam perkembangan sama, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang mengadakan sidang media di lobi Parlimen, memohon kerajaan mempertimbangkan kembali pelaksanaan PPSMI.

Pengerusinya, Datuk Dr Hassan Ahmad mendakwa pelaksanaan PPSMI selama enam tahun sejak 2003 gagal memberi manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar.

"Hasil kajian pasukan penyelidik seramai 50 pensyarah dari tujuh universiti di sebanyak 70 sekolah menengah dan 90 sekolah rendah di seluruh negara membuat kesimpulan PPSMI gagal memberi manfaat kepada pelajar," katanya.

Beliau berada di bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum memansuhkan PPSMI kepada beberapa Ahli Parlimen termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Hishammuddin sendiri.

Berita Harian Online

Read more...

Wujudkan semula sekolah dua aliran

Tuesday, February 17, 2009

LANJUTAN pendapat seorang pembaca yang disiarkan di halaman ini bertajuk Budak kampung anggap PPSMI relevan, saya juga ingin berkongsi pendapat berkenaan isu yang sama.

Berbeza dengan pembaca itu, saya merupakan generasi pelajar yang mempelajari subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia (BM) dari sekolah rendah hinggalah tamat tingkatan lima.

Saya hanya mula mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (BI) setelah menyambung pelajaran ke sebuah universiti swasta yang bahasa pengantarnya adalah 100 peratus dalam BI.

Bagi saya yang sebelum ini tidak pernah menggunakan BI untuk mempelajari subjek-subjek ini sudah cukup untuk membuat saya termangu-mangu untuk beberapa minggu kerana tidak memahami beberapa istilah yang digunakan dalam subjek-subjek berkenaan.

Hanya setelah saya dapat menyesuaikan diri dengan istilah-istilah yang digunakan, barulah saya dapat mengikuti subjek-subjek ini tanpa banyak masalah.

Jika kita hendak mempersoalkan adakah PPSMI relevan? Jawapan saya adalah Ya dan jika kita hendak mempersoalkan adakah PPSMI bermasalah? Saya juga akan menjawab Ya.

PPSMI mungkin tidak memberi kesan yang besar terhadap penguasaan BI di kalangan pelajar, tetapi saya pasti ia cukup berkesan untuk mempersiapkan pelajar-pelajar aliran sains ke alam universiti.

Sebagai contoh mudah dalam subjek Fizik, generasi saya mengenal V untuk halaju, A untuk pecutan, D untuk sasaran dan T untuk masa. Di alam universiti pula, saya mengenal V adalah velocity, A adalah acceleration, A adalah distance dan T adalah time.

Mana lebih mudah untuk difahami? Memahami istilah asas ini adalah langkah pertama untuk mempelajari teknologi terkini yang wujud di dunia ini.

Dari sudut permasalahan yang wujud daripada pelaksanaan PPSMI, kita tidak boleh menolak bahawa masalah bermula kerana negara kekurangan guru yang boleh mengajar dalam BI dengan baik (guru-guru PPSMI).

Boleh dikatakan hampir semua guru yang ada pada ketika ini, datang dari latar belakang di mana mereka sendiri belajar Matematik dan Sains dalam BM pada masa lalu.

PPSMI mungkin tidak akan menghadapi masalah kekurangan guru-guru PPSMI apabila pelajar-pelajar generasi PPSMI pada masa ini mengambil tempat guru-guru ini pada masa akan datang.

Proses ini akan bermula dari 10 tahun akan datang apabila generasi PPSMI yang pertama ini tamat pengajian mereka di universiti dan ada yang memilih kerjaya perguruan.

Masalah lain yang timbul dari pelaksanaan PPSMI pada masa ini juga disebabkan terdapat sebilangan besar pelajar yang tercicir dalam subjek Matematik dan Sains kerana lemah dalam BI terutamanya pelajar Melayu dan mereka yang berada di luar bandar.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan boleh mengkaji untuk mengadakan dua aliran di sekolah Malaysia. Kerajaan perlu memberi pilihan kepada pelajar-pelajar untuk memilih sendiri bahasa yang mereka mahu gunakan dalam mempelajari subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Ini tidak sukar kerana pada masa ini pun pelajar-pelajar boleh memilih bahasa yang ingin mereka gunakan untuk menjawab soalan peperiksaan bagi subjek Matematik dan Sains.

Sekolah dua aliran ini lebih sesuai dilaksanakan di peringkat menengah kerana pada peringkat ini, pelajar lebih cepat untuk menangkap proses pembelajaran di dalam kelas berbanding pelajar sekolah rendah yang masih dalam kategori kanak-kanak dan lebih cenderung untuk bermain

Bagi pelajar sekolah rendah, kerajaan perlu mengkaji semula sukatan yang digunakan dalam subjek BI.

Sukatan subjek BI yang digunakan sekarang mungkin mempunyai kelemahan sehingga menyebabkan ramai pelajar kita tidak dapat menguasai BI dengan baik.

Bagi menyediakan pelajar yang bersedia untuk memilih aliran PPSMI di sekolah menengah, subjek BI di sekolah rendah mungkin perlu ditambah waktunya seminggu dan subjek ini tidak seharusnya hanya menumpukan pada tatabahasa dan esei sahaja.

Subjek BI mungkin boleh distruktur semula untuk menyelitkan unsur-unsur Matematik dan Sains agar pelajar-pelajar sekolah rendah bersedia dengan istilah-istilah Matematik dan Sains dalam BI.

Selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengenal pasti tahap kebolehan anak-anak mereka dalam menguasai BI.

Jika mereka merasakan anak-anak mereka mampu mengikuti subjek Matematik dan Sains dalam BI, mereka boleh memohon untuk memasuki aliran PPSMI.

Dengan pelaksanaan dua aliran ini, kerajaan boleh mengatasi dua masalah utama iaitu masalah kekurangan guru-guru PPSMI dan masalah pelajar tercicir kerana PPSMI yang dihadapi pada masa ini.

Dengan mewujudkan dua atau tiga kelas aliran PPSMI, kerajaan dapat mengurangkan bilangan guru-guru PPSMI di sekolah-sekolah. Untuk mengajar dua atau tiga kelas aliran PPSMI, hanya seorang atau dua orang guru PPSMI di sesebuah sekolah.

Jika terdapat lebihan guru PPSMI, mereka boleh ditempatkan di sekolah yang kekurangan guru PPSMI.

Masalah pelajar tercicir kerana PPSMI juga tidak timbul kerana memasuki aliran PPSMI adalah pilihan mereka sendiri. Pelajar aliran PPSMI juga berhak memilih untuk kembali ke aliran Melayu jika merasakan aliran PPSMI terlalu berat bagi mereka dengan syarat perlu kembali ke tingkatan pertama aliran Melayu sama ada di tingkatan satu atau tingkatan empat.

Dalam isu PPSMI ini, kerajaan wajar memberi pilihan kepada pelajar untuk memilih PPSMI atau tidak. Pada masa hadapan apabila bilangan pelajar yang mampu menguasai BI bertambah besar, tidak mustahil aliran PPSMI akan menjadi aliran kegemaran untuk pelajar-pelajar yang berminat dengan aliran Sains dan pada masa itu, permintaan aliran PPSMI akan bertambah banyak.

Kesimpulannya, PPSMI di negara ini adalah relevan dan memang terdapat beberapa masalah dalam perlaksanaannya. Namun, ini tidak seharusnya menjadi alasan untuk menghapuskan PPSMI.

Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu pula yang dibakar. Segala kelemahan yang terdapat dalam PPSMI boleh dperbaiki oleh kerajaan dalam menjadikan dasar PPSMI lebih baik untuk dilaksanakan.

Kepada pihak-pihak yang memprotes perlaksanaan PPSMI. Tidak usahlah cuba mengheret perlembagaan negara dan sebagainya untuk mengagalkan PPSMI.

Duduklah berbincang dan cari penyelesaian agar semua orang akan beroleh manfaat daripada keputusan itu.

KHAIRUL AZHAR MOHD. ASHARI

Klang, Selangor

Sumber: Utusan Malyasia Online

Read more...

Ke mana kita tanpa PPSMI?

KEMELUT Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) nampaknya semakin berpanjangan seolah-olah tiada penyelesaian.

Apa sudah jadi dengan bangsa Melayu? Adakah pemikiran mereka tidak konsisten, bercelaru dan kacau bilau! Semakin ramai Melayu yang mempersoalkan pelaksanaan PPSMI.

Dalam jangka panjang PPSMI akan memberi faedah kepada orang Melayu. Semua sedia maklum PPSMI diwujudkan untuk menangani ramai graduan Melayu yang gagal mendapatkan pekerjaan akibat lemah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

PPSMI memerlukan masa yang panjang untuk membuahkan hasil, mungkin 20 atau 30 tahun lagi. Sebagai contoh, pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu di semua sekolah kebangsaan dan universiti yang dilaksanakan 20-30 tahun lalu telah menghasilkan generasi graduan Melayu yang purata umur 20-35 tahun, terutama dari luar bandar yang gagal berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Mereka hanya mahir berbahasa Melayu.

Pernah menjadi isu, graduan yang balik dari belajar di luar negara pun gagal berbahasa Inggeris dengan baik. Inilah buktinya PPSMI juga memerlukan tempoh jangkamasa yang sama untuk menunjukkan keberkesanannya.

Masalah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bukan masalah utama pelajar-pelajar di bandar.

Tetapi di mana dan dengan siapa anak-anak Melayu luar bandar hendak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Bolehkah mereka memahirkan penggunaan bahasa Inggeris secara berkomunikasi dengan ibu bapa petani mereka atau ibu bapa penoreh mereka?

Cukupkah dengan hanya masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris antara 120-160 minit seminggu sahaja di sekolah?

Inilah sikap unik orang Melayu. Tanpa paksaan orang Melayu tidak akan berjaya. Orang Melayu tidak sukakan perkara-perkara yang positif. Orang Melayu terutama di luar bandar harus dipaksa untuk menguasai bahasa Inggeris.

Program PLKN yang amat memberi manfaat sekalipun jika tidak diwajibkan, bilangan pelajar Melayu yang menyertainya boleh dibilang dengan jari. Pelajar-pelajar Melayu luar bandar yang cemerlang dalam UPSR dan PMR hanya mahu mengambil jurusan sastera dan perdagangan sahaja, jika tidak dihimpunkan di sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Sains, MRSM dan diwajibkan mengambil jurusan sains tulen.

Tidak ada yang tidak kena dalam pelaksanaan PPSMI. Tentunya setiap pembaharuan akan wujud kelemahan dan kekurangannya!

Dalam pelaksanaan PPSMI memang ada pelajar-pelajar yang akan menjadi korban sebagaimana 'terkorbannya' beratus ribu graduan Melayu kini yang gagal menguasai kemahiran berbahasa Inggeris dan menganggur kesan pelaksanaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan dan di universiti-universiti 30 tahun dahulu.

Di saat orang Melayu mendebatkan cadangan jumud ini, parti pembangkang pula tersenyum mendabik dada mengapi-apikan lagi penentangannya.

Jangan kita bandingkan diri kita dengan orang Korea, China atau Jepun yang maju dengan menggunakan bahasa sendiri. Jepun pun belajar menggunakan bahasa Inggeris sebelum mengungguli teknologi dengan bahasa Jepun.

Siapakah kita orang Melayu yang hendak dibandingkan dengan orang Jepun. Apakah sikap, disiplin dan semangat kita setanding dengan orang Jepun?

Berapa peratus orang Melayu yang mempunyai disiplin dan semangat seperti bangsa Jepun? Tepuk dada tanya selera! Orang Melayu harus menguasai semua bidang dan buktikan dahulu pencapaian orang Melayu.

Ubah minda dan paradigma orang Melayu kerana hakikatnya jika orang Melayu mula mengorak langkah, kejayaan pasti dalam tangan.

Apa jua keadaan, kerajaan sepatutnya terus mengangkasakan PPSMI. Mengangkasakan PPSMI bukanlah agenda politik, tetapi lebih dari itu iaitu demi survival bangsa.

Mungkin demi untuk memenuhi permintaan segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan PPSMI dimansuhkan, atas dasar liberalisasi pendidikan saya ingin mengemukakan dua cadangan.

- Pertama, teruskan PPSMI dengan mewujudkan sekolah-sekolah rendah dan menengah yang berorientasikan PPSMI dan dalam masa yang sama diwujudkan sekolah-sekolah rendah dan menengah yang tidak berorientasikan PPSMI sebaliknya kembali ke sistem pembelajaran berteraskan bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing.

- Kedua, di setiap sekolah rendah dan menengah yang sama diwujudkan dua sistem pembelajaran iaitu yang berteraskan PPSMI dan satu lagi sistem pembelajaran berteraskan bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing sepenuhnya.

NORHISYAM MOHAMAD
Kuala Kedah

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read more...

About This Blog

Blog ini merupakan himpunan bahan, berita, pendapat dan komen berkenaan dunia pendidikan yang diperolehi daripada pelbagai sumber samada yang diperolehi secara langsung atau secara tidak langsung. Ketelusan dalam bahan yang diperolehi adalah menjadi teras kepada blog ini. Blog ini mungkin menjadi bahan rujukan kepada pihak yang ada kaitan dengan bidang pendidikan samada guru, pelajar, ibubapa dan sebagainya.

Recent Posts

Recent Comments

  © Blogger template Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP